Tips dan Ekspedisi ke Gunung Serapi Kuching Sarawak.

Assalamulaikum. 

Seriously lama tak beblogging. Demi menaikan semangat blogging aku. Better aku mula post something. Kalau tak memang berdebu terus blog ni. Ok kali ni amer nak share tips dan pengalaman naik ke gunung serapi kuching sarawak.



Ok we start here. Sekarang ni aku cuti mid sem. Jadi hari ahad yang lepas (8.11.20140 aku dan kawan2 aku (wan,nordin,trah) pergi ke Gunung Serapi. 

Perjalanan dari bandar kuching ke gunung serapi agak jauh jugak. Jadi kami mula bertolak pada pukul 7 pagi. Lebih baik pergi awal pagi untuk mengelakkan panas terik matahari. 



Ok. Sudah sampai ke gunung serapi. Mana pintu masuk gunung serapi ni erk ? Ini persoalan yang pertama bermain di minda.  Pintu Masuknya adalah berdekatan dengan Family park Matang 2. Korang jangan masuk parking, just terus naik ke atas.(ikut jalan naik jangan masuk carpark parking matang family park). Korang tak dibenarkan parking tempat parking matang family park sebab khas untuk pengujung disitu sahaja. Korang boleh tanya mereka untuk kesahihan dimana pintu masuk ke Gunung Serapi. 


Ok. Now dah sampai ke parking kereta Gunung Serapi. Disitu ada counter bayaran. korang akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 untuk warganegara malaysia dewasa. 

Ok. Selepas siap aktiviti bayaran. Korang mulalah dengan menaiki Gunung Serapi ini. Estimate sampai ke puncak? Serious aku tak kira sebab aku naik ni nak makan angin je dengan kawan2. Lainlah aku challange diri sendiri nak naik ke atas puncak tu dalam masa yang singkat. oh ya, sebelum korang mulakan pendakian tu, lebih eloklah korang buat aktiviti warming up atau pemanasan badan untuk mengelakkan muscle cramp atau dalam bahasa melayu nya senak senak sendi badan.  Make sure korang panaskan badan untuk menguatkan lagi stamina korang mendaki gunung ni. 


(Track atau jalan yang telah disediakan untuk pendaki)

Setiap beberapa jauh perjalanan ke kemuncak gunung. Ada pondok disediakan untuk korang duduk berehat. Tapi, sepanjang jalan ke kepuncak gunung, tiada jamban/tandas disedikan. Better korang melepas lah hajat awal2 di tempat counter bayaran.

Akhirnya kami berjaya sampai ke kepuncak gunung Serapi. (tak kemuncak sangatlah sebab puncak gunung tu tak dibenar masuk atas sebab tertentu. 





Ok. Dah bebel mak jemah panjang2 kat atas tu. ni amer nak habak mai. Point2 penting nak menadaki gunung ni. Amer boleh katakan gunung ni mudah je nak dinaik sebab sudah disediakan jalan track. Korang tak perlu nak panjat bagai atau guna alat hiking tu yer. ok disini amer nak bagi tips2 untuk beginner mcm amer ni. 
1.Pergi lepas hajat 
2.Pergi awal pagi. 
3.Bawalah beg sandang untuk bawa ( air, hp, beg duit, jam) 
4.Sila bawa plastik takut2 semasa korang naik atau menuruni gunung, cuaca tiba2 hujan pulak. Dapat lah korang protect handphone, wallet or barang2 kesayangan korang dalam plastik. 
5.Bawa payung kalau korang jenis alah air hujan. 
6.Sebelum naik gunung tu sila warming up. Nanti korang kekejangan otot kat atas membuatkan korang cepat penat dan sukar untuk ke puncak gunung sebab korang tak larat. 
7.pergi weekend, ramai orang. (prefer pagi la) Sebab amer turun gunung tu dalam pukul 1 camtu, dah tak ramai orang mendaki dah. 
8.Sila pakai waze. Cari navigasi ke Matang Family Park. (Amer pun tak pasti nak letak navigasi kemana sebab ari tu amer memang terus menuju ke matang family park.

Ok good luck kepada korang yang nak ber hiking di gunung Serapi ni.


Bagikan :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "Tips dan Ekspedisi ke Gunung Serapi Kuching Sarawak."

someday teringin nak naik sana...suka sangat hiking ^^

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top