Trip Ke Jong's Crocodile Farm and Zoo Kuching

Jong's Crocodile Farm Siburan adalah penempatan buaya terbesar di Kuching,Sarawak. Tidak lengkaplah percutian anda ke Kuching, Sarawak jika anda tidak bertandang ke sini. Jong's Crocodile Farm ini terletak di Siburan dan ia terletak jauh daripada bandaraya Kuching. Jadi kena menjelajah sedikit lah sebab Kuching ini kan besar. Ok. Aku tak nak cakap panjang. Aku just nak kongsikan benda penting dan menarik di tempat ini. 

jongs-crocodile-farm-kuching
Jong's Crocodile Farm
Bayaran Tiket Masuk Ke Jong Crocodile Farm (Entrance Fee) 
Untuk tahun 2016, harga tiket sudah naik sedikit. Harga adalah seperti berikut Orang Dewasa Sarawak (Sarawakian Adult) RM12.00 dan kanak-kanak asal Sarawak (Sarawakian Children) ialah RM6.00. Manakala untuk pelancong luar bukan penetap Sarawak akan dikenakan caj seperti berikut : Dewasa RM22.00 dan Kanak-Kanak RM11. Semua harga sudah termasuk GST.

jongs-crocodile-farm-kuching
Gambar Lama Harga Lama


Pukul Berapa Tempat Ini Beroperasi? (Opening Hour)
Tempat ini dibuka setiap hari dari hari Isnin sampai ke ahad. Tapi macam biasalah. Seperti tempat percutian lain. Hujung minggu tempat ini akan menjadi sesak dengan pengunjung. Tempat ini dibuka pada pukul 9 pagi dan tutup pada pukul 5 petang


jongs-crocodile-farm-kuching

Persembahan Beri Makan Buaya (Feeding Demonstration Time) 
Kalau nak pergi ke Jong Crocodile Farm. Eloklah anda pergi waktu buaya diberi makan. Waktu beri makan buaya atau Feeding Demonstration ialah pada pukul 11 pagi dan 3 petang setiap hari. Memang seronok melihat aktiviti buaya makan. Kalau tengok buaya dalam kandang mereka hanya baring macam patung. Tapi waktu diberi makan, mereka begerak liar macam di dalam sungai. Memang liar. Saya tiada gambar buaya diberi makan sebab saya pergi selepas masa beri makan buaya.


jongs-crocodile-farm-kuching

Crocodile Museum 
Selain daripada kandang dan sangkar buaya. Dalam Jong Crocodile Farm ini juga terdapa mizum buaya. Muzium ini adalah satu-satunya muzium buaya yang ada di Malaysia. Di dalam muzium ini terdapat banyak tengkorak/tulang buaya dan yang paling menariknya tengkorak Bujang Senang juga ada disini. Dan banyak lagi tentang buaya yang ada dalam muzium ini seperti telur buaya, dan sarang telur buaya.

Ada Binatang dah Haiwan lain.
Selain daripada buaya, terdapat banyak lagi haiwan-haiwan menarik yang ada disini. Haiwan lain seperti, landak, beruang, burung merak*(ke burung kakak tua,lupa pulak) dan banyak lagi. 
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Trip Ke Jong's Crocodile Farm and Zoo Kuching "

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top