Tips dan Cara Orang Dekan Belajar

Assalamualaikum pembaca blog aku. Harap sihat selalu. Hari ini aku nak share dengan anda sekalian cara atau rahsia orang dekan belajar dan cara mudah nak dapat dekan. Eh ? Aku pernah dekan ke ? Yes. Pernah lah. Kalau tak pernah aku tak berani nak up entry ini.  Aku pernah dekan 2 kali sahaja untuk bachelor degree aku.  Itu pun rezeki juga. Kalau tiada rezeki tiadanya nak dekan. Aku adalah pelajar daripada jurusan diploma pentadbiran awam am110 dan sarjana muda sains social am228.

tips-cara-dekan

Tip-tip ini lebih kepada cara nak score waktu Final Exam. Tip untuk datang kelas focus semua itu aku rasa semua kau orang tahu kot. Datang lah awal ke kelas. Tapi aku susah nak turun kelas on time. Focus lah waktu lecturer mengajar. Tapi aku mudah layap apabila aku mula lost mula tidak mengikut apa yang diajar lecturer aku dekat depan. 

Tip-tip yang aku share ini kebanyakkan tip yang aku dapat daripada rakan dekan yang lain. Ada juga tips yang aku masukkan juga daripada idea aku sendiri. Ingin aku cakap awal-awal, lain orang lain cara belajarnya. Jikau engkau nak guna tips yang aku kongsikan ini. Dipersilakan. Sebelum ini aku ada upkan entry berkisar dekan iaitu Rahsia Aku Dekan GPA3.5 . Kalau nak baca dipersilakan. Di bawah ini aku akan share dengan anda cara orang dekan belajar. Aku sendiri belajar dari orang dekan belajar. Ok? 

Result Final Sem Degree. Jadikan Pembakar Semangat.


Betulkan Niat
Yes. Niat tu kena betulkan. Jangan belajar untuk exam sahaja. Niatkan dalam hati aku belajar kerana Allah. Sebelum belajar baca lah bismillah. 

Jangan stress. 
Kalau kau rasa kau stress. Better jangan belajar. Sebab kalau kau belajar dalam stress memang ilmu susah masuk. Dulu aku macam ini lah stress tapi tetap belajar. Aku sedar banyak yang aku belajar tak masuk serap dalam kepala. Alhamdulillah. Waktu degree ini aku jumpa seorang hamba Allah ini. Dia ini ANC (de'an every sem diploma). Dia banyak sangat share dengan aku cara belajar. Everytime aku stress aku mengadu dekat dia. Kalau stress buat lah benda lain dulu jangan paksa diri belajar. Waktu esok nak exam. Waktu itulah stress tiba-tiba datang. Nak baca buku perghh mood pula tiada. Aku takut nak message kawan anc aku ini. Takut dia focus belajar. Then dia mula message aku hantar gambar lawak-lawak. And bershare video lawak dekat fb. Haha. Dia cakap tak perlu stress belajar. Nanti kalau ada mood belajar memang kau belajar je ilmu tu serap macam span. Dah puas seharian tak belajar. Malam barulah datang mood nak belajar. Serious menyerap macam span je ilmu itu. 

Cari mood belajar. 
Kalau tiada mood nak belajar jangan. Boring kalau menghadap nota banyak sangat . Apa kata kalau kau tiada mood nak belajar. Kau tonton sahaja satu movie. Atau buka astro and janji layan satu movie je lepas itu kau sambung belajar. Buatlah something yang menyeronokan yang boleh buat kau lupa dengan belajar. Kalau kau insist juga nak belajar. Selalunya lah kalau aku nak paksa diri aku belajar. Aku akan geledah youtube dengan topic yang aku nak belajar. Macam financial resource. Ada topic susah aku akan geledah youtube cari video pasal topic itu. Serious mesti kau akan jumpa video interesting pasal topic itu. Video itu akan menerangkan kau pasal topic itu dengan mudah. Lepas kau dah faham topic itu melalui video youtube itu. Kau akan mudah faham apa yang tertulis atas nota slide yang lecturer kau bagi. 

Cari Masa Sesuai Belajar
Aku tahu lain orang lain kemampuannya. Tapi percayalah. Otak kita memang ada masa sesuai mempelajari sesuatu. Aku tahu waktu terbaik untuk belajar. Waktu terbaik aku belajar ialah waktu subuh sehingga pukul 10 lebih. Lepas itu dah lambat sikit dah. Kalau malam otak aku tak aktif sangat. Tapi masih dapat belajar. Aku sarankan kau cari masa terbaik untuk belajar. Sebab lain orang lain time belajar dia. Macam kawan aku sorang ni (anc degree). Dia belajar tengah malam. Aku memang tak dapat belajar tengah malam pukul 1 2 3 pagi. Memang waktu aku tidur. Kalau aku ngantok memang aku akan tidur je. Tips disini pandai-pandai kau atur masa kau. Jangan paksa otak kau.  Waktu asar kalau boleh jangan belajar waktu ini. Kawan aku yang dekan itu bagi tahu lah tak bagus belajar waktu petang lepas asar. Ilmu susah masuk. Memang aku akui lah kalau belajar waktu ini memang kepala aku rasa berat and kebanyakan yang aku baca susah nak faham. Untuk tahu masa sesuai based on research. Click Sini 

Jangan skip chapter(bab). 
Ini mesti banyak orang buat. Aku akui waktu diploma aku suka skip chapter sebab dapat rasa chapter itu tak keluar. Lepas itu dalam peperiksaan, chapter itu keluar pulak. Melopong lah dalam dewan peperiksaan mencari idea nak menggoreng apa. Kalau kau rasa nak skip sekali pun. Just baca sahaja. Baca dan cuba faham kan apa yang chapter itu cuba sampaikan. Tak perlu secara mendalam. Nanti dalam peperiksaan, kalau chapter itu keluar. Tak adalah kau mati akal nak jawab apa kan. 

Jangan biarkan kertas jawapan kosong. 
Kalau kau tak tahu pun jawapanya. Cuba sedaya upaya kau guna common sense. Jangan lupa minta bantuan daripada Allah. Kalau kau tiada idea. Cuba relatekan semua yang kau belajar dalam paper itu. Macam itulah aku belajar. Aku akan campur adukkan subject lain ke dalam paper yang aku sedang jawab ini walaupu  subject berbeza tapi isi nya berkaitan. Common sense ini kau kena asah. Kau kena pandai relate bab 1 bab 2 bab 3. Perlu creative juga sebenarnya. Jangan bazirkan tenaga kau belajar chapter 1 atau 3. Kalau ia berkaitan. Keluar je apa yang kau hafal dan faham tentang chapter itu dengan soalan peperiksaan tu. Walaupun soalan peperiksaan itu menanya tentang bab 3. Kau boleh je kaitkan dengan chapter 1 2 kalau berkaitan dan untuk menampakkan kau ada belajar. Kalau masih juga tak ada idea nak jawab apa. Aku selalunya kalau tiada idea nak jawab apa. Aku akan pergi ke toilet suka-suka. Kalau kau jenis talkative kau beborak lah dengan pengawas yang temankan kau pergi toilet itu. Hilang sikit rasa nervous tak tahu jawapan. Lepas je aku pergi toilet itu. Dan kembali ke tempat duduk. Baru mencurah curah idea datang. Maybe sebab perjalanan aku ke toilet itu telah menambahkan denyutan jantung dan melancarkan pegerakkan darah ? Haha. 

Persetankan Carry Mark. 
Apa ini? Carry Mark penting kot ? Yes. Kalau boleh sepanjang semester cuba dapatkan carry mark tinggi. Lulus dengan flying color. Buat assignment elok-elok. Tapi, kalau carry mark kau sikit. Dekat sini aku nak habaq mai. Persetankan sahaja carry mark itu. Sebab carry mark itu hanyalah mengganggu mood study kau. Kau akan rasa nervous dan akan fikir kau akan gagal subject tersebut. Aku selalu persetankan sahaja carry mark yang rendah itu. Aku abaikan sahaja. Ok aku ambil contoh. Aku pernah dalam situasi dimana subject ni aku dapat 21/40 je carry mark. Apa aku buat ? Aku tak gabra. Yang aku buat aku belajar sahaja macam biasa. Dan aku juga fikir alaa kalau aku score atau jawap benar-benar paper peperiksaan ini memang aku lulus lah. Then. Selepas keputusan keluar. Guest what ? Aku dapat A wei. Kawan aku yang 30 ke atas carry mark dia. Ada yang tak dapat A.   Selalunya waktu nak peperiksaan ini aku akan abaikan carry mark. Kalau boleh aku tak nak tahu berapa carry mark aku. Sebab kalau carry mark tinggi . Aku akan bermain-main nak belajar sebab carry mark tinggi kan. 

Lebihkan memahami daripada menghafal.
Selalunya. Waktu last minit sebelum peperiksaan. Contohnya esok nak exam. Elakkan aktiviti menghafal. Kalau nak hafal juga jangan hafal banyak sangat. Selalu waktu gawat macam ini aku akan buka power aku memahami. 

Biar masuk lewat ke dewan peperiksaan asalkan kau habis cover semua subject. (Hanya untuk pakar) 
Aku serba salah nak share tips ini. Tak ramai yang berani buat macam aku ini.  Selalunya, kita dibernarkan datang akhir ke dewan peperiksaan tapi tidak boleh lebih dari 30 minit.  Aku akan cuba guna kasa 30 minit itu untuk cover mana-mana topik yang aku belum cover atau lupa-lupa ingat. Kalau boleh itu nota yang kau dah buat sendiri ok?. Jangan kau buka kitab buku teks yang besar tu. Memang bye bye lah. Alhamdulillah dengan tips ini selalunya ada saja soalan-soalan tanya tentang topic yang aku last minit belajar kat luar exam hall tadi. Kalau tak. Melepas lah A aku. Kepada yang tak biasa buat benda ini. Better jangan ok. Bahaya. Hanya orang handal dan skilled sahaja dibenarkan. 


Contoh Nota Aku untuk Satu Chapter Aku Mampatkan dan Ringkaskan Jadi Satu Muka Surat sahaja.
Buat nota sendiri. Semakin sedikit ayat semakin bagus. 
Aku akan cuba buat nota sendiri yang aku lebih faham. Aku akan ringkaskan nota itu dengan seringkas ringkas nya. Kalau boleh aku nak buat nota untuk satu chapter itu dan chapter itu muat satu page atau satu halaman kertas. Dengan ada nya nota satu page satu nota. Kau tak rasa ke kau akan lebih motivasi untuk belajar? Nota ringkas ini juga membantu aku waktu belajat last minit dekat luar dewan peperiksaan. Selalunya kalau ada lecturer tertengok aku masih belajar dekat luar exam hall waktu peperiksaan bermula. Dia akan cekak pinggang dengan arahan tangan suruh masuk. Aku dengan slamber senyum dengan isyarat tangan tunggu tunggu. 

Gang Dekan dan Gang Makan. Boys Over Flower Sangat.

Makan dan Makan 
Aku tahu kalau minggu peperiksaan. Kau akan stress. Cara nak hilangkan stress itu ialah kau makan. Bawa member pergi makan. Beli stock makanan. Tapi aku selalunya akan makan benda manis seperti roti oreo atau cream o. Ada juga beli coki coki. Ada juga aku makan milo. Makan lah benda favourite kau.  Makan benda manis ini bagus untuk otak. Masa minggu peperiksaan memang aku tak kisah  tentang berat badan. Tapi memang waktu peperiksaan berat badan aku naik mendadak. Tapi pointer lebih penting. Berat badan boleh dikurangkan waktu cuti semester.

Jaga hubungan baik dengan lecturer. Me with Dr. Saudi


Solat Hajat, Berdoa dan bertawakal. 
Ok. ini semua orang tahu. Jangan hilang kerbegantungan kita dengan Allah. Berdoa itu senjata mukmin. Berdoa masa sujud akhir solat. Kalau boleh solat hajat pada malam hari lebih afdal. Jangan lupa untuk minta restu dari ibu bapa dan lecturer. Minta dorang doakan kita dipermudahkan menjawab soalan final exam.



Bagikan :
+
Previous
Next Post »
4 Komentar untuk "Tips dan Cara Orang Dekan Belajar "

Nk minta nota lar..bg ni phone sahabat.., nk share budak pjj mcm ni yg x da basic public administration. Basically saya ex student q.s Uitm.. skunk bkerja dlm bidang ptdbiran.
Minta sila beri tunjuk ahar

Nk minta nota lar..bg ni phone sahabat.., nk share budak pjj mcm ni yg x da basic public administration. Basically saya ex student q.s Uitm.. skunk bkerja dlm bidang ptdbiran.
Minta sila beri tunjuk ahar

Hye. Saudara sambung belajar AM228 ke? Harap maaf, banyak nota saya sudah hilang entah kemana. Tak dapat nak membantu saudara. Saudara boleh buka ilearn (student portal), banyak nota dikongsikan oleh lecturer di sana. :D Maaf sangat-2.

Tips saya untuk course petadbiran ini, banyakkan membaca. Kalau boleh fahamkan nota slide. Kalau nak bantu explaination dalam exam, baca buku teks dia, tapijangan terlalu focus dengan buku teks, kerana boleh stresss. kalau belajar last minit, elak belajar guna Buku Teks (*kalau refer untuk point elaboration bolehlah).

Insha Allah saudara dpt perform. Asalkan rajin membaca. Waktu terbaik belajar untuk subject membaca ini ialah pukul 3 4 5 6 7 8 9 10 pagi macam tu. 11 12 pukul 1 dah mula slow dah tapi masih dapat faham lah.

Waktu terbaik menghafal ialah 4 5 6 7 pg... lepas 8 sampai 11 pg masih ok just tak selaju pukul 4 5 6 7 pagi lah tuan.

Malam pukul 7 8 9 10 11 12 saya selalu tenangkan fikiran je, atau baca-2 macam tu je. jangan tak baca kata orang.

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top