Trip Bajet Ke Berjaya Times Square Theme Park

Assalamualaikum pembaca blog. Kali ini aku nak share sikit pengalaman aku mengembara ke bandaraya kuala lumpur. Kepada yang datang melancong sini tanpa guna kenderaan sendiri. Ini aku nak ajar cara nak trip bajet ke Theme Park Berjaya Times Square. Theme Park ini memang best sebab kalau kau pergi waktu weekdays memang tak ramai orang. Kau tak perlu berbaris panjang kalau nak main games dalam itu. Kali terakhir aku pergi ke theme park ini ialah pada tahun 2015. Tapi aku hanya ada buat entry aku ke berjaya times square pada tahun 2012. 


Dulu waktu tahun 2009 teringin sangat nak pergi ke sini. Selalu sahaja aku ajak kakak aku, tapi kakak aku tak nak pergi sini. Dia cakap mahal entrance fees dia. Tapi aku tengok murah je dari Genting Highland. 

Selain itu, kau boleh main games dalam itu sepuas hati kau. Berapa kali kau nak naik orabg tak kisah asalkan kau sudah bayar entrance fees and ada gelang tangan kertas di tangan kau. 

Theme Parks ini dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Jadi kalau kau nak main start dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Dipersilakan. 


Kalau nak murah kau pakai sahaja public transport. Kalau kau dari sogo, dari petaling street and sewaktu dengan nya. Aku suggest kau naik mana-mana public transport dan pergi ke KL central. Lepas itu kalau kau orang nak pergi Berjaya Time Square. Kau kena naik monorail. Dan beli haluan pergi ke jalan imbi. Harga tiket dalam rm2 macam itu.  Kalau kau orang pandai kau orang boleh sahaja jalan dari Berjaya Times Square ke Bukit Bintang dengan berjalan kaki. Tapi untuk mengelakkan sesat jalan. Better naik monorail dari imbi ke bukit bintang. 

Berapa Bayaran Masuk Murah ke Berjaya times Square Theme Park 
Ok. Kalau kau nak bayaran masuk murah ke berjaya time square. Kau kenalah bawa ic kad pengenalan Malaysia kalau nak harga yang murah. Tapi baru-baru ini aku tengok bayaran masuk ke Theme park ini semakin mahal. Harga sekarang (RM 41.00 untuk MYkad Adult Dewasa) dan (RM 30.00 Mykad Child Kanak-kanak). Dah macam sama bayaran masuk ke outdoor Genting Highlands. Bilalah Genting nak buka balik games mereka. 

Pst. Kalau nak murah lagi beli tiket masuk ke Theme Park ini. Kau beli sahaja melalui online. Dapat potongan 15% lagi tu.  

Kalau nak book secara online. Boleh pergi Berjaya Times Square Theme Park (CLICK SINI)
laman web rasmi.


Ok itu sahajalah tips trip bajet dari kau. Banyak lagi cara bajet nak menjelajah bandar Kuala Lumpur ini. Tapi aku tak pandai explain haha. Aku pandai pun sebab aku ada member kat sana. Kalau lost aku akan tanya mereka macam mana nak ke sini dan ke sana. :)
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Trip Bajet Ke Berjaya Times Square Theme Park"

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top