------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Trip Bajet Ke Genting Highland



Assalamualaikum pembaca sekalian. Hari ini aku nak share sikit tips trip bajet ke genting highland. Seperti yang kau orang tahu kebanyakkan games dekat genting highland masih under construction dan renovation. Jadi kalau kau orang nak naik atas ini untuk cuci mata dan untuk menikmati udara nyaman di atas ini. Memang digalakkan.  Last aku update tentang Genting Highland ini ialah pada tahun 2012. Tajuk entry nya ialah Trip Ke Genting Highland yang menyedihkan. Aku mulakan perkongsian di bawah ini tentang Trip Bajet Ke Genting Highland. 

                                      

Transport atau kenderaan pergi ke Genting Highlands.
Kalau kau nak guna perkhidmatan yang murah. Aku cadangkan kau guna bas. Aku tahu ramai yang phobia naik bas kalau nak ke Genting. Tapi nak bajet bukan ? Macam mana nak dapatkan perkhidmatan bas ke Genting Highland. Kau boleh pergi ke Kl Central dan pergi ke perhentian bas. Di sana kau hanya perlu tanya mana satu bas ke Genting Highlands. Kalau boleh pilih bas yang bayaran mahal sikit(rm15) yang lebih selesa.

Kalau kau dari Bukit Bintang. (Sebab aku menginap di Bukit Bintang selalunya). Kau boleh sahaja ke monorail bukit bintang dan beli tiket menuju ke Titiwangsa Station. Tidak jauh di sana anda akan dapat lihat station bus. Waktu aku pergi dulu aku cari bus warna kuning menandakan bas pergi ke Genting. Tapi kalau kau nak selamat, better tanya dulu dekat counter beli tiket. 

Masa balik dari Genting waktu petang itu. Kalau kau naik bas. Kalau kau naik bas jenis mahal kau akan dapat tiket pulang dan balik. Pastikan kau pilih tiket balik awal dalam pukul 6 macam itu. Elak balik waktu maghrib kalau kau tak nak berhimpit dan berebus bas balik dengan orang lain. Pekerja genting banyak balit waktu maghrib ini. Aku dah kena sekali dah balik time maghrib. Memang gabra tengok dia orang berebut naik bas. Sampaikan bas yang sepatutnya kita naik kita tak dapat naik sebab dah full. Kena tunggu bas yang seterusnya. Gila sejuk atas sana waktu maghrib. Mulut aku memang keluar asap je waktu bercakap dengan member. Dengan baju aku pakai shirt lengan pendek. Memang rasa atas kapal titanic. :)

Berapa Tiket Masuk Outdoor dan Indoor Genting.
Tiket ini untuk yang lama punya. Aku dah lama tak naik genting tambahan lagi games dia orang banyak under construction. Jadi aku sudah lama tak pergi sini. Games indoor rm35 macam itu kalau kau ada ic lah. Kalau games outdoor rm50. Kalau dua dua rm70 macam itu. Dulu aku tak pandai ramal cuaca. Cuaca luar nak hujan tapi aku tetap juga beli tiket outdoor. Lepas itu hujan turun. Semua games ditutup. Burn duit. Sebab beli tiket outdoor. Games indoor pulak gila ramai orang beratur nak main sebab games outdoor banyak ditutup.

Kalau nak beli murah. Sila beli online. Click Laman Web ini Resorts World Genting. Dekat sana aku tengok harga masuk ke Indoor Games untuk orang dewasa ialah RM19.50 dan untuk kanak-kanak pula RM20.90.  Tapi kena ada Mykad lah ya. Hairan pula aku kenapa harga dewasa murah lagi dari kanak-kanak. 


Hotel Di Genting Highland 
Aku tak pernah stay dekat hotel genting. Tapi, kakak aku pernah stay sana. Jika kau nak stay sana, makesure kau dah book awal-awal bilik dekat hotel sini untuk mendapatkan harga yang murah. Kakak aku stay dekat hotel First World Hotel Genting Highland. 
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Trip Bajet Ke Genting Highland"

Bila lah nk ada outdoor balik, haritu sesaje naik lepastu tak best, turun balik pergi bukit tinggi pula, best jugak situ, tak jauh sangat jaraknya dari genting.

itulah. amer dulu suka naik genting. sekarang tak tahu nak buat apa naik kat atas tu.

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top