Trip Bajet Ke Kuala Lumpur 4 hari 3 malam




Assalamualaikum pembaca sekalian. Kali ini aku nak share trip bajet ke kuala lumpur.  Macam pelik je aku nak post pasal kuala lumpur ini. Selalunya trip bajet ke tempat unik. Selalu nya aku lepak K.L aku jarang bermalam sebab rumah kakak aku 30 minit dari bandar kuala lumpur. Tapi kali ini aku naik dengan member. Member dari Sarawak. Jadi kena lah stay dekat Kuala Lumpur sebab mereka nak berbeli baranh secara borong untuk bisnes. Jadi aku temankan dorang/mereka dekat Kuala Lumpur ini lah. Memandangkan aku ini dah selalu ke Kuala Lumpur jadi tiada masalah lah nak guna pengangkutan awam untuk ke bandar kuala lumpur dan sekitarnya.  Ok ini adalah tips trip bajet aku. 



1. Hotel pilihlah hostel. 
Benda ini lah paling kacau bajet. Lagi-lagi kalau kau tak ada member sebilit nak share bayar hotel semalam. Kau gila nak bayar rm100 untuk tiga malam ? . Tiga malam dah 300rm. Ye aku akui aku ada je bajet nak bayar rm300 itu. Lebih selesa dan privasi. Tapi, aku terfikir juga dengan duit rm300 tu aku boleh beli banyak barang lagi. Jadi aku geledah google cari tempat stay murah di kuala lumpur. Tapi aku prefer di bukit bintang lah senang nak bergerak. Aku guna laman web trivago. Yeah. Jumpa pun. Hostel bajet. Paling bajet hostel ni. Semalam rm17 sahaja.  Time aku book tu aku fikir-fikir macam-macam. ok ke tak menginap hostel ini. Aku tiada pengalaman sebelum ini.  Hotel hostel ini memang tip top. Cukup kemudahan. Tapi bilik dia agak sempit sikitllah. Kalau korang ada bajet lebih. Korang cari hostel yang lebih selesa. Banyak lagi hostel area bukit bintang kuala lumpur ni. Just hostel aku menginap ini dekat dengan bukit bintang. Nama hotel itu ialah Royal Palm Lodge. Ada air con. Ada bilik air tapi bilik air dekat luar. 


kalau nak tengok gambar hotel boleh ke sini. 
http://www.booking.com/hotel/my/royal-palm-lodge.en-gb.html
Kalau nak book sila guna laman web trivago. lebih selesa. 


Keadaan Dorm atau Hostel Hotel Palm Lodge 

2. Guna perkhidmatan awam dan bas percuma. 
Bas percuma korang boleh google cara guna bas percuma sekitar bandar kuala lumpur. Aku dah lupa bas percuma tu color apa and pegerakan bas itu dari mana ke mana. Ok. pegerakan aku di bandar kl ni aku banyak guna perkhidmatan awam sahaja. Guna lrt,monorail and etc. Kalau waktu malam aku terpaksa guna teksi lah kalau teringin nak pergi uptown kl tu. 

Ok aku kasih tips guna perkhidmatan awam. Cara ke sogo, midvalley, sunway lagoon, and etc menggunakan lrt atau monorail. Ni yang aku ada catat dalam handphone je lah. 

Cara nak ke Sogo Dari Bukit Bintang. 
Kau pergi ke Station Monorail Bukit Bintang, dan beli coin ke Station Hang Tuah. Lepas itu transit ke Bandaraya. (Bandaraya tu lah Sogo.)
Cara ke sogo dr bb.   Ke hang tuah monorail. Transit ke bandaraya.(ni salinan dalam telephone)

Cara ke midvalley dari Kl Central. 
Pakai KTM and beli destinasi dari KL central ke Midvalley. Haha. Jangan guna monorail, LRT and benda lain. 

Cara ke midvalley.  Pakei ktm lerr dr kl central(catatan dalam hp)



Hari hari makan kfc lepas tu Mcd. 

3. Tempat makan murah di kuala lumpur. 
Ada ke tempat makan murah di kuala lumpur ? Memang kena labur duit lah kan. Dekat kl ni memang susah nak cari tempat makan murah. Kalau korang tahu. Bolehlah share di ruangan komen.  Kalau nak jimat. Makan di mcd, kfc je. Aku mesej member aku yanh dudul kl. Dia jawab. Makan dekat gerai mamak. Mana lah aku nak carik gerai mamak kan. Haha. 



4. Tempat wajib pergi di kuala lumpur tapi bajet murah. 
Ok. Dah alang-alang korang datang bandar kl ini. Aku syorkan korang jangan terlepas tempat-tempat ini ok. 

Menara kuala lumpur. 
Haa gambar2 sikit dengan menara tinggi tu. Kalau ada bajet lebih boleh lah masuk petroscience. 

Sogo  
Aku tak tahu apa best sini. Nak shipping best kot pergi sini sebab selalu ada sale untuk barang berjenama. Selain itu, banyak sale untuk barang makanan seperti biskut. Aku dah borong makanan dijual sana untuk dibawa balik ke rumah. 😅. 

Pavilion.
Suasana depan pavilion tu memang cantik dan elegence. Disyorkan datang waktu malam sebab pemandangan pada waktu malam lebih cantik. Kalau nak masuk pavilion tu makesure duit berkepuk lah nak beli barang dalam tu. Kalau nak cuci mata je boleh lah masok. 

Sunway lagoon. 
Kalau korang beli tiket awal 3 hari dalam web rasmi dalam sunway lagoon. Dapat discount tau. Tapi aku dulu main terjah je sunway lagoon tu. Kalau charge mahal aku tutup mata je bayar. (Zaman tu aku loaded sebab ada duit lebihan biasiswa) haha. Tapi rezeki aku. Dapat harga murah kalau ada ic and register member sunway. Aku just perlu bayar rm90 macam tu. Harga asal tiket rm150. Aku ada tulis blog pasal Sunway ni. Sila baca. Trip Bajet Ke Sunway Lagoon

Berjaya time square. 
Shopping mall palinh terbesar di malaysia dan asia tenggara ke ape. Lupa. Yang pasti terbesar di malaysia. Apa yang best ? Haa banyak barangan murah dalam tu. Banyak kedai2 baju. And yang paling best ada theme park dalam bangunan iaitu bts theme park. Harga sekarang dah mahal sikit bayaran masuknya. Dulu rm30 lebih kalau ada ic. Sekarang rm40 lebih kalau ada ic. 

Kampung Baru. 
Kalau nak makan yang best2 and uniq boleh lah pergi ke sini. Hari tu aku makan nasi kerabu. Memang berlemak sungguh rasanya. Aku lupa macam mana nak pergi sini. Guna KTM kot. 

Kuala lumpur ini syurga shopping je. Tu je tempat best untuk dikunjungi. Banyak lagi. Nanti korang geledah google ok.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Trip Bajet Ke Kuala Lumpur 4 hari 3 malam"

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top