Pengalaman Interview Executive Master Of Administrative Science AM770

Post ini aku nak kongsikan tentang experience aku temuduga untuk Executive Master Of Administrative Science - AM770 Atau EMAS. Actually, dari hujung tahun 2015 lagi aku dah berniat nak sambung master. Tapi apa kan daya. Aku tak ready lagi nak sambung belajar jauh-jauh dari Kuching, Samarahan. 


Hari Sabtu Yang Lalu aku dipanggil untuk temuduga Executive Master Of Administrative Science - AM770. Itu pun aku kena berurusan dengan pihak uitm kota samarahan agar aku dapat di interview di Campus Samarahan sahaja. Sebab Master yang aku mintak ialah Master Full Time di UiTM Shah Alam. So, discuss punya discuss. Diorang suruh aku turun interview master dekat UiTM Kota Samarahan sahaja. Save duit aku nak beli tiket flight. 

Jadi aku nak share sedikit sebanyak apa yang aku telah lalui sepanjang temuduga itu. Simple-simple je ye. 

Apa yang perlu bawa ke interview? 
Bawa fail yang berisi sijil-sijil penting korang. kalau boleh bawa yang penting sahaja. Kalau sijil koko waktu sekolah. Boleh tinggal kat rumah je kot. Tapi kalau nak bawa boleh je. 

Pen. Ada ujian bertulis untuk check english efficiency. Nak tengok english korang boleh jalan jauh ke tidak. 

Perlu belajar banyak benda ke? 
Kalau korang rajin korang belajar lah. Kalau yang fresh graduate tu untunglah sebab masih fresh lagi benda-benda dibelajar. Macam aku ini dah setahun berlalu. Memang berkarat dah kepala ini. Aku ngaku aku tak belajar pun untuk interview master ini. Sebab kawan aku cakap macam sembang-sembang kedai kopi je dengan panel. 

Perlu nervous atau risau ke dengan interview ini? 
Tak perlu. Kawan-kawan aku yang dah sambung master dok ingatkan aku jangan gabra lah amer. Tapi aku tetap jugak gabra. Haha dok geledah google cari experience pengalaman orang yang pernah pergi interview master ini. 

Ingat balik Tajuk Research dan Finding Research Waktu Degree. 

Ok. In case panel tanya apa research yang korang buat waktu degree. At least korang dapat jawab. Tak mustahil jugak panel interview akan tanya apa tajuk research yang korang akan buat untuk master nanti? Nak tengok korang well prepared tak untuk sambung master ini. Dekat bawa ini ialah idea senarai contoh  tajuk research master korang ok.



Mereka yang ada apply master di ipsis, mereka akan menerima email untuk panggilan temuduga. Harap korang dapat. Kalau kawan-kawan korang dapat. Tapi korang tak dapat email tu. Better minta kawan korang, minta email orang yang menghantar email panggilan temuduga tu. Tanya kenapa nama korang tak tersenarai. 




Sijil-sijil paling penting dibawa ialah IC, Surat Beranak, Transcript Degree, Sijil Degree. dan Muet. Setiap 5 sijil di atas hendaklah dibuatkan salinan dan perlu disahkan. Kepada mereka yang masih status student degree final year student, korang boleh request mini transcript latest di HEA. 

Process Temuduga: 
1. Daftar diri di UiTM Postgraduate Education Di Campus Korang.
2. Korang akan diarahkan pergi ke sebuah bilik atau kelas untuk menduduki English Proficiency. 

Ok. Makesure kalau korang masuk bilik peperiksaan, makesure korang terima kertas soalan yang betul untuk course bidang yang korang ambik. Jangan jadi macam kawan aku, dapat paper course lain yang mana lebih susah dan perlu baca article panjang-panjang. Padahal untuk course yang kami ambil, exam dia senang sangat. Pagi tu aku datang akhir. So masuk bilik peperiksaan akhir. Dan dapat paper exam untuk bidang aku. Soalan dia write your opinion and views about 1 Malaysia concept. Seriously ? Aku bedal je jawab dalam masa yang sekejap. Padahal boleh je bukak phone. Tapi aku malas. Nak jujur kat diri sendiri haha. Then siap. Aku siap tunggu lagi kawan-kawan aku yang dah sampai awal untuk habis jawap. Tapi lambat sangat jadi aku keluar. Mesti dorang ingat aku student bijak sebab datang akhir dan keluar awal. Padahal dorang tu yang salah duduk paper exam haha. 

3. Pergi Ke Bilik Temuduga. 

Bilik temuduga berada di tempat korang daftar diri tu tadi. Just tunggu je. Nanti diorang panggil nama korang untuk di interview. Dorang pangil 3 atau 4 orang sekali masuk ke dalam bilik itu untuk di interview. 

Susah ke soalan interview? 
Tak susah. Dia akan suruh introduce diri, tanya kenapa nak sambung master and, macam mana korang nak tampung pebelanjaan buat master nanti. Korang kena tahu belanjawan untuk master ini besar. 



Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Pengalaman Interview Executive Master Of Administrative Science AM770"

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top