------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Rahsia Lulus Account Adsense Cepat Dan Mudah

Kali ini aku nak share sikit tentang panduan, rahsia, tips, cara, teknik mahupun tips untuk lulus account adsense atau diterima. Post ini juga menerangkan cara-cara elak account google adsense dijrect atau tidak diterima. At last google approve aku punya account adsense. Aku dah google dah cara terbaik dan mudah untuk lulus google andsense ni. Actually tips ini lebih kepada pekara penting yang korang perlu buat sebelum apply google adsense.Ye lah tak lah membazir masa nak tunggu feedback dari google adsense ni. Kalau korang dah kena reject satu kali. Trust me, makin lama masa menunggu korang untuk dapat feedback dari adsense. 


Nak lulus Account Adsense atau approve ni mudah je. Just kita je tak sabar-sabar dan terlalu gopoh gapah nak apply. Itulah sebab mengapa akaun google adsense kita direject atau tak diterima. Selalunya blogger baru mudah je nak apply adsense ni dan mudah juga nak lulus. Sebab contain blog dorang masih fresh dan kurang merapu. 



Kelayakkan Untuk Apply Adsense.
1. Tak perlu follower riban riban. Kalau boleh puluhan lah. 
2. Viewer ramai? Tak perlu rasanya. Aku waktu apply viewer bawah 200. Kesian. 
3. Tempoh blog. Kalau boleh lebih 2 minggu lah yer. 
4. Post ada 50 kalau boleh. Time aku apply below 50 posts aku. 
5. Blog dalam bahasa english dan Melayu. 

Ok kita start share CARA LULUS GOOGLE ADSENSE




Pastikan blog tersusun dan teratur. 
Kalau boleh sediakan Detail tentang blog anda seperti, about me, contact, disclaimer tu. (Refer gambar atas)

Insufficient Contain Google Adsense

Selepas Apply Jangan Gedik Tukar Template Atau Tukar Layout 
Please jangan kacau. Selepas apply google adsense, tugas anda hanya post entry yang berkualiti dan terbaik. At least pekerja google yang buat lawatan ke blog korang tahu yang blog korang active. 

Buang Post Merapu 
Korang tahu post merapu kan. Post korang syok sendiri tak melebihi 200 patah perkataan tu. Lepas tu dalam post ada satu gambar then dengan tajuk wordless weekend. Aku banyak post macamtu. Aku simpan je post tu. Tak publish. 

Pastikan Contain Blog Mencukupi. 
Kalau boleh elakkan post yang banyak sangat gambar. And ayat yang ditaip dalam post tu kena lebih dari 200 patah perkataan. Jadi kalau ada post macam join contest atau segment tu. Korang boleh lah save as draft. Seperti aku, aku buang post yang post pasal download-download movie atau cerita secara haram tu. Google memang anti aktiviti itu. Macam kes aku, aku update balik mana post yang tak cukup patah perkataan tu. Macam mana aku nak tahu post tu cukup ke tak patah perkataan dia? Takkan nak kira satu-satu kot. Aku guna microsoft word le. Lepas tu select all (ctrl+A) dan tengok bar area bawah dia akan tunjuk patah perkataan entry korang tu. 

Pastikan Isi Post Tak Banyak Gambar dan Video 

Kalau boleh korang letak 2 3 gambar je dalam post. Sebab google adsense tak suka kau letak banyak sangat gambar dalam post membuatkan post korang tu kurang kualiti. Jadi kurangkan letak gambar. Kalau dah terpost post yang banyak gambah, korang edit balik, buang gambar yang tak perlu. 



Pastikan Korang Register Account Adsense Guna Satu Email Untuk Satu Blog. 
Kalau korang pernah apply adsense guna email lain dan kena reject. Korang pun buat email baru dan register adsense untuk blog korang yang sama guna email yang lain. Google akan dapat detect dan akan melambatkan process approval account korang. Jadi better guna email yang sama. Just ikut je apa yang dorang nak. 

Elak Ayat Singkatan atau Ayat Local dalam Entry Post. 
Elak penggunaan singkatan ayat dalam entry korang seperti. Aq, tlg, ceq, depa, bahasa sarawak, dan lain-lain. Guna bahasa yang senang faham. Aku boleh guna lah sebab aku dah kena approve kot. Haha. 

Buang Iklan Dari Pengiklanan Lain
Ni aku tak berapa sure. Tapi time aku register tu. Aku dah buang iklan-iklan dari heartbeat tu semua. Lepas tu nuffnang pun aku buang jugak. Sampai ke hari ini nuffnang belum bertapak ke blog aku. Aku lagi merajuk dengan nuffnang. Ye lah. Tak bagi Buffered Earning dekat aku. Tunggu pageview aku capai target aku. Baru aku letak balik iklan nuffnang dalam blog aku. Sayang nuffnang. :D 
Kalau ada sebarang pertanyaan. Sila tanya di ruangan komen di bawah ok. :D


Bagikan :
+
Previous
Next Post »
3 Komentar untuk "Rahsia Lulus Account Adsense Cepat Dan Mudah"

saya pun cepat jugak masa apply iklan adsense dulu. dalam sehari je rasanya. tapi masa tu ada je iklan nuffnang kat blog. dapat jugak :D

ohh bena kah.. maksudnya salah lah pemerhatian kmk and apa yang kamek baca dalam google. Mun dapat jangan letak iklan dari pengiklan lain. haha. tapi mun biar jak boleh juga. :D

Assalamualaikum saya new blogger.boleh x sy daftar adsense & nuffnang sekaligys?atau salah satu daripadanya.psst..jangan lupa follow saya k

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top