------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Belajar Bahasa Melayu Sarawak Cepat Dan Mudah

Jom Belajar Bahasa Melayu Sarawak Mudah, Cepat dan, Ringkas. Aku orang Sarawak. Apa kata jika aku berkongsi ilmu mengenai bahasa Sarawak ini? Apa yang aku nak cakapkan ialah bahasa Sarawak ini mudah untuk dibelajari. Mungkin mengambil masa 1 bulan jika anda berada di Sarawak. Dan mungkin mengambil masa 3 bulan untuk anda mahir dalam bahasa Melayu Sarawak ini jika anda cuma belajar melalui internet sahaja. Maaf atas penggunaan kata ganti nama  diri. Saya kekok menggunakan saya, anda, aku. Jadi saya tukar-tukar ikut mood. Maafkan saya sekali lagi. Mungkin anda tidak lama lagi akan datang ke Kuching, Sarawak atau sewaktu dengan nya, bolehlah terjah entry saya yang ini Aktiviti Malam Hari di Kuching, Tempat Makan Best Di Kuching Sarawak, dan Senarai Hotel Murah di kuching.

Belajar Bahasa Melayu Sarawak
Untuk pengetahuan anda, bahasa melayu sarawak yang saya ajar ini adalah lebih kepada Bahasa Sarawak yang digunakan oleh orang Melayu Kuching untuk percakapan seharian. Jadi mungkin ada perbezaan bahasa melayu sarawak di Bintulu, Miri, Limbang dan sewaktu dengan nya. Berbeza sedikitlah. Cara penyebutan juga ada beza sedikit. Tapi jika anda pandai bahasa Melayu Sarawak bahagian Kuching. Bagi saya, tiada hal untuk tahu bahasa Melayu Sarawak dialek selain dari Kuching. Saya juga menjadikan entry Belajar Bahasa Sarawak dari blog Kakak Tiri Cinderella sebagai panduan. Dah macam bahasa rasmi pulak bahasa sarawak ini dengan cara pengajaran dia. Terima Kasih Kakak Tiri Cinderella.

Terdapat banyak sebab kenapa orang Semenanjung mahupun orang Sabah mahu belajar bahasa Melayu Sarawak. 
1. Bahasa Mudah Dibelajar
Bahasa Melayu Sarawak tidaklah sukar untuk dibelajar. Kakak ipar saya berasal dari Perak, dalam masa yang sekejap sahaja dia boleh mahir bercakap dalam bahasa Melayu Sarawak. Ini disebabkan bahasa Melayu Sarawak kebanyakkan perkata berasal daripada Bahasa Melayu Baku. Jadi mudah untuk orang melayu atau sesiapa yang pandai bercakap melayu untuk belajar bahasa melayu sarawak. 

2. Sebab ada minat orang Sarawak. 
Orang Sarawak memang suka merantau di Negeri orang. Jadi anda akan boleh berjumpa orang Sarawak di mana-mana sahaja di bumi Malaysia ini. Seperti di Sabah, Kuala Lumpur, mahupun Perlis. Kami ada dimana-mana sahaja. Jadi tidak mustahil suatu hari nanti anda akan terjatuh hati dengan orang Sarawak. 

3. Sebab Belajar Di Sarawak. 
Aku selalu je bertanya kawan aku tentang pandangan mereka tentang Sarawak ini waktu first first datang Sarawak. Best kalau dapat tahu pandangan dorang. Ye lah setiap dari kita mesti ada perception tentang sesuatu tempat itu. Ada yang mungkin berahsia pandangan mereka, ada yang mungkin sudah buat research tentang Sarawak. Contoh lah aku. Pandangan aku tentang bumi langkawi ialah penuh dengan Sawah Padi (tiada pembangunan, tiada tempat pelancongan) cuma ada padi sahaja. Tapi bila aku pergi ke Langkawi buat kali pertamanya (2011). Terus hati ini jatuh cinta dengan Pulau Langkawi. Rasa nak pergi lagi dan lagi. Kenapa aku menyimpang jauh? Jadi sebab lain orang nak belajar bahasa Sarawak ialah sebab mereka belajar di Sarawak. Rugi kalau tak belajar bahasa Sarawak jika anda menyambung belajar di Sarawak. Boleh bersembang dengan orang Sarawak, boleh berlakon jadi pelancong dari Semenanjung dan tak faham bahasa Sarawak. 


4. Meluaskan Bahasa 
Best kalau tahu banyak bahasa. Kita mudah bergaul dengan orang. Macam aku, aku boleh berbahasa Melayu Sarawak, Bahasa Iban, dan Bahasa Mandarin. Perlu ke aku mention aku boleh berbahasa English dan Melayu? Tak perlukan. Rugi kalau tak belajar banyak bahasa. Jadi, rajin-rajinkan lah belajar bahasa orang. Aku sekarang dalam process mempelajari bahasa Sepanyol dan bahasa France. Ok aku tipu. Aku sekarang sedang giat mempelajari bahasa Tagalog Philipines.  

Jadi sebab-sebab di atas lah yang mendorong anda untuk belajar bahasa Sarawak. Bear in mind, bahasa melayu sarawak ini memang tidak susah dibelajar jika anda tahu bertutur bahasa melayu baku. Boleh kita mulakan sekarang? aI  aI  Captain. Mulai hari ini anda panggil saya Cikgu Kamek ok? 

Kata Ganti Nama Diri 
1. Saya   - Aku. Ku. Kamek. Mek. 
2. Awak  - Kau. Kitak. Ko. (Sebutan Kau ialah Ka Wu.) 
3. Dia     - Nya
4. Korang - Kitak Orang  
5. Kami - Kamek Orang 
6. Kita   - Kita 
7. Mereka - Sidak. Sidak nya. Sidak ya. 

Aku dan Kau (kawu) digunakan jika dengan kawan rapat. Kamek dan Kitak digunakan untuk bercakap dengan orang lebih tua atau muda (hormat). Kamek Kitak digunakan untuk pasangan kekasih. 

Kata Ganti Nama Tanya 
1. Apa   - Apa
2. Bagaimana / Macam Mana - Macam Ney? Giney? Camney?
3. Berapa - Berapa / Bapa 
4. Bila - Bila 
5. Mana - Ney,  Dimana - Siney 
6. Mengapa /  Kenapa - Kenak, Pahal, 
7. Macam Mana - Kedak Ney 
8. Siapa - Sapa

Ingin saya tekankan, cara sebutan R orang sarawak lain. Sa RA waK. Sebutan K juga lain. Susah saya nak explain melalui tulisan. Yang penting anda faham. Bila dengar orang Sarawak sebut. Anda tahu apa disebut mereka, cuma anda baru tahu cara mereka menyebut perkataan tersebut. Umpama belajar bahasa English lah, kita tahu makna cuma tak tahu cara pronounce dengan betul. 

Kata Ganti Nama Tempat 
1. Sana - Sinun, Nun 
2. Sini - Sitok
3. Situ - Sia 

Siney rumah kau? (Dimanakah Rumah Anda) 
Rah sia jak. (Dekat situ sahaja) *Sarawakian juga boleh guna Dekat. 
Rah sinun. (Dekat Sana)  *Jauh dari penglihatan mata
Rah sia. (Dekat situ) *Masih boleh dilihat dengan mata 

Contoh Rah Sia.  
Siney ko engkah remote tek?  (Dimana Kau Letak Remote Tadi?)
Nya rah sia jak tepi TV. (Remote dekat tepi tv je.)

Kata Ganti Nama Tunjuk 
1. Begini / Macam Ini  - Macam tok / Camtok
2. Begitu / Macam itu - Macam ya/ Camya 
3. Ini - tok
4. Itu - Ya
5. Disini - Disitok 
6. Disana - Di siya


Kata Nafi 
1. Bukan - Bukan, 
2. Tidak - Sik, Sik Eh, 
3. Tidak Mahu - Sik Maok, 

Kata Bantu
1. Akan - Akan / Nak 
2. Belum - Belom 
3. Harus  - Mesti, Kenak Juak, 
4. Hendak / mahu - maok,  mok 
5. Masih - Maseh 
6. Pernah - Pernah 
7. Sedang - Agik, Gik, 
8. Sudah / Telah - udah, dah 

Kata Perintah 
1. Harap - Harap, Arap 
2. Jangan - Jangan, Sikboh, Iboh, Boh, 
3. Minta - Mintak 
4. Sila / Jemput - Silalah, Jemputlah. 
5. Tolong- Tolong

Untuk perbuatan jemput dan sila. Orang Sarawak selalu menggunakan perkataan Lah setiap ayat jemputan untuk nampak lebih sopan dan proper. 

Contoh. Jemputlah makan. Makanlah. Duduklah. Minumlah. 

Kata Seru
1. Aduh - Adek eh/ Adoi 
2. Aduhai - Adoh heh 
3. Amboi - Yo Ra Bi,  Yee
4. Cis - Cis, Ceh 
5. Eh - Eh, Aih, Aie 
6. Nah - Nah 
7. Wah - Yo Ra Bi, Yoh, 

Kata Penegas 
1. Juga - Juak 
2. Kah - Kah 
3. Lagi - Lagik, Agik, Gik 
4. Lah - Lah 
5. Pun - Pun 
6. Sahaja / Saja - Ajak - Jak 

Juak-Sama 
Kedak Muka Kau Juak - Macam Muka Kau juga
Kata Penguat 
Kata Penguat Hadapan/Depan 
1. Paling - Paling 
2. Sungguh - Nang 

Kata Penguat Belakang
1. Sangat- Gilak, Abis, Bis
2. Sungguh - Bena,
3. Betul - Na, Bena, 
4. Lagi - Lagik
Kata Sendi 
1. akan – akan , nak
2. antara – antara
3. bagi – bagi
4. dalam – dalam / lam
5. dari – dari,
6. daripada – daripada
7. demi – demi
8. dengan – dengan , ngan
9. di – kat , rah
10. hingga / sampai – sampei
11. ke – ke
12. kepada - kepada
13. kerana – segal, tegal, entam
14. melalui – makei
15. oleh – oleh
16. pada (menunjukkan tempat) – dekat, kat, di
17. pada (menunjukkan waktu) – pukol
18. sambil – sambil, sambel,
19. sebab – sebab / entam
20. sebelum – sebelom,
21. sejak – sejak ya
22. selepas – lepas
23. seperti / bagai – macam, kedak,
24. tentang – tentang, pasal, sal
25. terhadap – terhadap
26. untuk – untuk / pakei / kei

Kata Hubung
1. agar – kelak  
Kau mesti senyum agar mereka suka dengan kau. 
Kau mesti senyum kelak sidak suka ngan kau. 

2. atau – atau, mun sik,
3. bahawa – yang
4. dan – dengan , ngan
5. sekiranya / kalau / jika – mun
6. semasa – masa
7. sementara – sementara, sambel,
8. serta – serta, ngan
9. seterusnya – seterusnya, lepas ya,
10. tetapi – tapi
11. walaupun - walau
12. yang – yang / nak / nok / nyeh
Saya nak beli yang ini.  Kamek mokm beli yang tok, nak tok, nok tok. 

KATA NAMA AM
Kata Nama Am MANUSIA
1. Bapak – bapak, pak
2. Budak – nembiak, biak
3. Budak Kecil – nembiak, biak kecik.
4. Emak – emak / mak
5. Guru – cekgu
6. Isteri – bini
7. Suami - Laki
8. Kekasih – gerek
9. Lelaki – orang laki / miak laki / laki
10. Perempuan – orang empuan / rempuan / ompuan

Kata Nama Am HAIWAN
1. Anjing – asuk
2. Ayam – manok
3. Burung Helang – burung lang
4. Ikan bilis – pusuk
5. Ketam Angin – ramak
6. Kucing - pusak
7. Kura kura – kurak
8. Monyet – kerak
9. wak wak – wak wak, keruak
Selain daripada itu mungkin sama. Seperti semut, kuman, lipas(lepeh), ikan pari(parek), buaya(boyak), dan lain-lain. Akan ada tambahan di ruang comment.


Kata Nama Am TUMBUHAN
1. Cili – cabik
2. Tembikai – semangka
3. Ubi – kribang
4. Labu - Labuk


Kata Nama Am BENDA
1. Cawan – cangkir, cangkey
2. Gelas – gelas / cangkir
3. Pintu – pintu / lang
4. Seluar – seloa / loa
5. Seluar pendek – seloa pendek , loa pendek, seloa pontong, loa pontong
6. Serambi – jungka
7. Tingkap – penjan

Kata Nama Am TEMPAT
1. Bilik – bilit
2. Bilik mandi – bilit mandik, bilit aek,
3. Hospital – sepetar, hospitel,
4. Kedai – kedei
5. Pantai – pantei
6. Pasar – pasa
7. Sungai - Sungei 
8. Gunung - Gunong
9. Kampung - Kampong 

KATA ADJEKTIF
Kata Adjektif  SIFAT
1. Baik – bait
2. Baru – baru
3. Berani – berani, bani
4. Bodoh – bodo / paloi
5. Cerdik – cerdit
6. Degil – entingal, degel,

7. Gatal / miang – rengat,lanji
Gatal atau miang untuk bahasa Sarawak Rengat dan Lanji disini rujuk kepada perasaan atau perbuatan seseorang yang gatal atau lanji nak nikah awal. 
Manakala gatal atau miang selepas kena gigit nyamuk (itchy), orang sarawak mengguna perkataan gatal dan miang juga. 

8. Gedik – ngegeh
9. Gambong -- Mengada-ngada
10. Gila – gila, sewel
11. Jahat - jaik
12. Kemas – kemas, beresi
13. Kuat menangis – congek
14. Kukuh – kukuh, tegoh
15. Lemah – lemah, lembek
16. Manja – manjak / langgok
17. Nakal – mancal, mancai, berolah,
18. Pandai – pandei
19. Penipu – pembulak
20. Penyibuk – gago, poret,kamboh
21. Pintar – penta
22. Clumsy - Kamboh

Kata Adjektif  WARNA
1. hitam – itam
2. kuning – kuning
3. merah jambu – pink / kalas
4. oren / jingga – oren
5. ungu – unggu / purple / engkodok

Kata Adjektif  UKURAN
1. Pendek – pendek / kontot
2. Panjang – panjang
3. Tebal – tebal
4. Nipis – nipis
5. Dalam – dalam
6. Besar – besa

Kata Adjektif  BENTUK
1. bujur – bujo
2. bulat – bulat
3. lurus – lurus

Kata Adjektif  WAKTU
1. Awal – awal
2. Dahulu / lalu  - dolok
3. Lama – lamak
4. Lambat – lambat
5. Lewat / suntuk – sontok
6. Segera – kinek
7. Silam / dahulu kala – lamak marek / mensiya

Kata Adjektif  JARAK
1. Dekat – dekat
2. Hampir – hampir, hampei
3. Jauh – jaoh


Kata Adjektif  CARA
1. Lambat – lambat
2. Laju – laju
3. Cepat - laju
4. Lincah – cakah


Kata Adjektif  PANCAINDERA
1. RASA
a) Manis – manis
b) Masam – masam
c) Masin – masin
d) Pahit – pait
e) Pedas – pedas
f) Sedap / lazat – nyaman

2. PANDANG
a) Cantik / jelita / kacak / tampan / sedap mata memandang – kacak
b) Hodoh / Buruk – Jaik, Sik Kacak, Burok


3. DENGAR
a) Bising – bisin
b) Nyaring - nyerin
c) Senyap – senyap / diam
d) Sunyi – sunyik

4. BAUa) busuk – bau
b) wangi / harum – wangi
c) hangit – hangit, angit

5. SENTUH
a) halus – halus / alus
b) kasar – kasa
c) kesat – kesat
d) lembab – lembab, licak
e) licin - licin
f) tajam - tajam

Kata Adjektif  PERASAAN
1. benci – bencik, sak ati,
2. berahi / rindu – beraie
3. bingung – bingong
4. bosan – boring
5. cinta – cinta, suka
6. gembira – indok, rindok, asak ati, suk ati, suk,
7. jemu - lejuk
8. kasihan / kesian – tedah
9. malu – malu, keder
10. marah – marah / manas
11. rindu – rindu / beraie
12. sayang – sayang
13. sedih – sedih, piluk ati
14. senang – senang
15. seram – seram / ngutik
16. serik – jerak
17. suka – suka
18. takut – takut

Ngolok - Mengampu

Kata Kerja
1. berborak – beloya
2. bercakap – kelaka / kaka
3. bergaduh – begadoh, kelayi, kelae
4. bergurau – beguro
5. berjalan – bejalan
6. berjalan lalu lalang – kuang kuit
7. berjalan (makan angin) – kayo kayo
8. berlagak – lawa, sombong
9. berlari - berekot
10. bermalam – berambeh
11. berselerak – beselerak / mengarei
12. bersiar siar / jalan jalan – raon, kayo-kayo
13. bersin – kasik
14. bertumbuk – bebukut, bertumbok
15. diejek - diolok
Ngolok juga mebawa masuk mengipas bos. Ngolok boleh disama ertikan ke kaki kipas atau pengampu.16. dilihat / ditonton – didiat
17. dimarahi – dianok
18. dipaksa – dipaksa
19. dipukul – dipaluk
20. ditipu – dibulak
21. ditumbuk – dibukut, ditumbok
22. melawan – melan / ngelan
Melan atau Pelan juga mebawa maksud terlalu manjakan anak. Sebagai contoh Tipah terlalu pelan kan anak walaupun dia tahu anaknya berperangai jahat. 
23. melihat / menonton -  diat, tangga
24. memaksa – maksa
25. memarahi – nganok
26. memasak – masak
27. memberitahu / bagitahu – madah, padah,
28. membuang – buang
29. memukul – maluk
30. menangis – nangis
31. menanti / menunggu – nantik / nunggu
32. menari - bejoget
33. mencuci (untuk pakaian) – nesah, nyesah, nyuci,
34. mencuci / membasuh – basok, nyuci,
35. mengejek – morah
36. menipu – bulak
37. menjerit – kaong, neriak, nerais,
38. menjerit jerit (melolong) – kiak kaong , terkiak kaong
39. menunjuk nunjuk – ngeso
40. terpaksa – tepaksa
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
8 Komentar untuk "Belajar Bahasa Melayu Sarawak Cepat Dan Mudah"

nak kongsi satu.. milo/teh ais = milo/teh peng. Burit = punggung

Hello budak buzy. Thanks for commenting my post. Yes.
Kalau nak order air.

Nak order air sejuk selalu nya tambah peng dibelakang
Milo peng, teh c peng,

Dan Burit. Haha. Orang semenanjung kalau burit tu membawa maksud lain. Kalau di Sarawak. Burit itu rujuk kepada punggung. :D

Kalau Perkataan"tanya"dlm bhs swk ape?

Munafik,hipokrit,sandiwara.. tlong translat ye

Perkataan "tanya " dalam bahasa swk,ape yer???

Apa maksud selauk? Bejeren?

Susah nak sebut.berbelit2 lidah..

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top