------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Cara Kuruskan Kecikkan Paha Cepat dan Berkesan.


Search keyword blog aku. 2 hari nak kuruskan peha? Mesti dia terjah entry aku yang ini. Cara Cepat Kurus Dalam Masa 2 Hari?. Gelak aku. Nak kurus tu berpada-padalah. 2 hari tu singkat sangat untuk badan membakar lemak dengan banyak. Beri masa untuk badan kita. Jangan terlalu memaksa. Kurus dengan mengejut ini selalu nya susah nak menjadi. Sebab kita nak  result yang cepat. Tak dapat kita pun kecewa dan stop. Korang kenalah reasonable sikit. Ikut berat badan. Kalau berat badan 80kg. Dalam masa 2 hari nak buang 10kg memang tak munasabah. Kalau dalam seminggu buang 5kg boleh terima akal lah sikit. Nak kurus ini makan kena jaga walaupun malas macam mana pun mesti ada cara orang kurus malas berkesan. Selain itu, jangan lupa amalkan teh hijau boh, dan air lemon detoks untuk mempercepatkan process membakar lemak. Cara yang aku share dekat bawah ini adalah antara cara aku kurus dan berkesan part 1 dan cara aku kurus dan berkesan part 2


Daripada aku merapu meraban. Better aku share kan sikit tips dan cara mengecilkan pinggang dan paha. 

1. Senaman naik turun bangku. 
Senaman ni aku tahu waktu aku sekolah dulu. Cikgu pjk suruh turun naik bangku. Memang sakit aku cakap kalau baru buat. Peluh keluar menitik nitik. Lepas tu aku ada tengok exercise ni diguna pakai dalam American biggest loser tu. Terus aku amalkan exercise ini untuk kurus terus. Perut pun turut ikut kempis. Tiada bangku ? Guna lah kerusi. Aku memang guna kerusi yang kita pakai untuk makan tu. Memang tinggi. Jangan lupa buat warming up dulu untuk mengelakkan kecederaan. Kalau nak set goal, selalunya aku akan main kan satu lagu berdurasi sepanjang 3 minit selalunya. Sepanjang lagu itu aku akan turun nait kerusi sehinggalah lagu tu habis barulah aku stop. Peluh lecun confirm. 

2. Squat
Ni aku jarang buat haha. Buat krem kaki je. Kepada korang yang memang nak kuruskan paha. Boleh lah buat senaman squad ini. Kalau tak tahu macam mana nak buat squat. Boleh rujuk entry ini : 3 senaman cepat kuruskan badan. 

3. Plank
Exercise ini sebenarnya untuk satu badan. Memandangkan korang nak kurangkan lemak di paha. Exercise atau senaman plank juga boleh membantu membakar lemak di sekitar paha. Kalau tak tahu macam mana nak buat exercise plank. Boleh rujuk entry ini : Plank membantu membakar lemak dengan cepat. 

4. Minun green tea. 
Untuk membantu badan korang membakar lemak. Korang bolehlah amalkan minum green tea tanpa gula. Guna green tea jenama boh tu. Murah dan berkesan. Rm10 je 50 uncang teh. Teh hijau memang bagus untuk menurunkan berat badan sebab teh hijau memamg membantu menaikkan kadar metabolisma badan. Kurus dengan teh hijau
Panduan Mudah Buat Blog A-Z !!! Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal !!!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Cara Kuruskan Kecikkan Paha Cepat dan Berkesan."

Ye ke boleh kuruskan dalam masa 2 hari? Azwar buat zumba je.. ;) Thanks you for sharing, boleh cuba lepas ni..

ni mesti skimming ni.. haha.. amer cakap ade org search kuruskan peha dalam masa 2 hari .... dapat kot kalau bakar paha tu dalam ketuha hihi :D

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top