------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Gunung Santubong Kuching Sarawak Borneo About and Experience

Mount Santubong / Gunung Santubong National Park. So today I will share with you my journey to the summit of Gunung Santubong. In this post, I will post some tips that you need to prepare before starting your hiking activity on this mountain. Post ini lebih kepada Tips dan Ekspedisi ke Gunung Santubong Kuching Sarawak Borneo. Harap korang enjoy dengan penulisan dan pengembaraan aku ke Puncak Gunung Santubong. Thanks Delon and Ija sudi teman mendaki gunung ini. Tahukah anda gunung santubong antara gunung yang best didaki di sekitar Kuching. Dan gunung santubong inilah paling extreme atau paling susah nak didaki. Gunung lain sekitar Kuching seperti Gunung Serapi dan Gunung Gading (Lundu).

Gunung-Santubong
Pintu Masuk Utama. Tidak Jauh dari signboard DAMAI. Register Nama Disini.
Gunung Santubong National Park






Gunung-Santubong
Masa cut-off reminder.
Gunung Santubong Operation Hours/ Jam Operasi 
Dibuka dari pukul 8 hingga pukul 5. Tapi harus turun pukul 3 untuk mengelakkan turun waktu gelap. 
I'm not quite sure about the opening time for this place. All I know is you have to start your descent (cut-off) at 3pm to avoid being trekking in the dark.


Gunung-Santubong

How much is the entrance fees to Santubong National Park? Berapa Bayaran Masuk ke Gunung Santubong? 
Bermula dari tahun 2015, tiada bayaran akan dikenakan kepada pengunjung. Bayaran masuk ke tempat ini adalah percuma.
Starting from 2015, there will be no fees will be charged to the visitors to enter this park.

Gunung-Santubong
Entrance Fees. Bayaran Masuk.

Bayaran masuk ke Waterfall/Air Terjun Gunung Santubong? 
Masuk ke tempat ini adalah percuma. Entrance to this place (gunung santubong) is free. 
Menawan puncak gunung santubong. Gunung tertinggi di  Kuching

Gunung-Santubong
Follow tanda merah/red point that will lead you to the peak of the mountain.

Is there any guide or direction point that leads to the peak of the mountain?
Yes, they have provided point with red sign (the robe tied on the tree or red sign) to aid the hikers so that they will not be on the wrong trek. Terdapat dua tanda, sila ikut tanda berwarna merah. Jangan ikut tanda warna biru. Sebab tanda warna biru adalah untuk trek basikal.

Gunung-Santubong
Gunung-Santubong

Perlu pakai guide ke Naik Gunung Santubong ini?  Do we need a mountain guides to help us to climb this mountain?
Terpulang kepada korang kalau korang tiada pengalaman menaiki gunung ini. Kalau aku, aku ada kawan yang dah pernah naik gunung ini. Itupun tersesat sekejap sebab salah ikut tanda. Tapi bagi aku, tak perlulah guna guide sebab kebanyakkan pendaki tak guna guide pun. Trek yang disediakan memang jelas. Ikut je tanda cat atau kain merah pada pokok sebagai penunjuk arah. Saya jumpa 2 orang tourist perempuan. Rilek je dorang mendaki tanpa guide. Tapi kalau korang semua perempuan saya cadangkan guna guide. Guide korang boleh berunding di pintu masuk Gunung Santubong ini.

It's up to you. In my opinion, there's no need to use a mountain guides. Since the trek provided is quite convenient. You just follow the red mark (paint or rope) at the tree that will lead you to the peak of the mountain.


So, I guess that's the basic things you have to know before starting your journey to the summit of Gunung Santubong. So, lets read my adventure to the summit of this mountain.

Gunung-Santubong
DAMAI Signboard. Sebelah kirinya ialah pintu masuk utama Gunung Santubong National Park. 

Ahad lalu aku bentangkan proposal nak pergi ke gunung santubong ni. Alhamdulillah. Ahad 8.Januari.2016 aku pun berpeluang naik ke gunung ni. Aku selalulah dengar feedback dari orang. Susah tak naik gunung santubong ni. Mereka cakap memang susah sebab ada trek curam 90°. So aku cabar diri untuk pergi jugak. Sebab view dari puncak gunung santubong ni memang cantik. Dapat lihat bandar kuching.

To those who are still new to the hiking world. I suggest you to not to start you first hiking activity on this mountain. Sebab, this is the most toughest mountain to hike around Kuching. I suggest you to start your first hiking activity at Gunung Serapi.

Gunung-Santubong
Gunung-Santubong

Untuk pengetahuan kita semua, ketinggian gunung santubong ialab 817meter atau 2,800ft/kaki dari aras laut. The height of Gunung Santubong is 2,800ft or 817meter. Terdapat tiga pintu masuk ke gunung ini, iaitu melalui Kampung Budaya Sarawak, Green Paradise Seafood dan Bukit Puteri(shortcut). Selalunya, orang ramai akan menggunakan trek Bukit Putri kerana trek ini agak pendek iaitu sejauh 6.5km untuk pendakian naik, dan 6.5km pendakian turun. Gunung Santubong ini agak jauh dari pusat bandar. Lebih kurang dalam 35 kilometer dari pusat bandar.


Semalam, aku dan kawan aku pergi Gunung ini menggunakan pintu masuk utama. Pintu masuk utama terletak tidak jauh dari signboard damai. Kami mula mendaki dalam pukul 8.30 pagi. Kami start pengembaran selepas mendaftar nama di pintu masuk. Penting daftar nama agar mereka tahu yang kita berada di atas. Jika kita tak lapor diri di bawah. Mereka akan mencari kita kerana takut kita terkandas di atas. Jadi jika kau guna jalan short cut (bukit puteri). Sila maklumkan kepada mereka yang korang selamat tiba ke destinasi.


Gunung-Santubong
Gunung-Santubong

Nak dijadikan cerita, aku dengan kawan aku salah masuk trek. Trek yang kami masuk ialah trek menuju ke pintu masuk dari kampung budaya. (trek tanda biru) Tapi tak apa, ada pemandangan cantik di sana iaitu air terjun dan juga jambatan yang cantik berlatarbelakangkan air terjun.

Selepas itu kami pun berpatah balik untuk pergi ke trek asal. Perjalanan memang jauh. Kau akan lalui banyak air terjun sepanjang perjalanan ke puncak gunung. Ada beberapa pondok untuk berehat.


Gunung-Santubong
Gunung-Santubong

Gunung ini memang curam. Jadi kita akan selalu memanjat tangga 90° degree atau darjah. Jadi ready untuk memanjat. Memang curam. Yang gayat tu, fikir dulu masak-masak kalau nak pergi. Ada yang stop dekat area 90° sebab tak berani nak naik. Jadi dia tunggu je kat situ sampailah kawan dia turun.Sebagai tambahan, aku mati-mati ingatkan yang gunung ini ada satu je trek curam 90 darjah. Rupa-rupanya terdapat banyak trek ini. Ada dalam 7 hingga 8 trek curam 90 darjah ini. Aku tak kira sebab aku terkejut dengan trek curam yang banyak tu.

Gunung-Santubong
Gunung-Santubong

Kalau dah sampai ke checkpoint F15. Ha dah sampai ke kemuncak. Just kena jalan sikit lagi kalau nak tengok view yang cantik. Kalau dah sampai ke F15. Korang ambil kanan. View dekat atas ni memang cantik. Kita boleh tengok pemandangan bandar Kuching dari atas. Pemandangan santubong resort, damai central juga boleh nampak dari atas ini. Udara pun nyaman. Kami bernasib baik kerana cuaca bagus pada petang itu dan awan kurang pemandangan lebih clear.


Gunung-Santubong
Gunung-Santubong

Gunung-Santubong
Perjalanan Turun. Gayat. Curam.

Perjalanan naik mengambil masa dalam 3 jam. Bergantung dengan kelajuan korang. Untuk turun pulak dalam 3 jam juga. Mungkin lebih dari itu sebab stamina kita dah kurang dan juga turun tu kena guna banyak tenaga. Sebab nak turun tangga 90 darjah tu. Jadi sedia awal-awal makanan yang boleh boost stamina. Waktu turun gunung tu, kami menggunakan jalan shortcut iaitu jalan ke pintu masuk Bukit Puteri. Jarak lebih pendek.

Gunung-Santubong
Papan tanda menunjukkan jalan shortcut ke Bukit Putri. 
Perjalanan shortcut menggunakan trek Bukit Putri mengambil masa lebih kurang 45 minit. Jadi korang akan melalui tempat seperti dalam gambar dibawah ini. Dan terus sampai di tepi jalan raya. Sesudah sampai dijalan raya. Anda perlu berjalan 1.5km pergi ke main entrance pintu masuk tempat korang daftar tadi. 

Gunung-Santubong
Papan Tanda Bukit Puteri 


Ok. Dah bebel mak jemah panjang2 kat atas tu. ni amer nak habak mai. Point2 penting nak menadaki gunung ni. Boleh dikatakan gunung santubong ini agar mencabar untuk dinaiki. ok disini amer nak bagi tips2 untuk beginner macam amer ni. Post ini juga for my revision for my next adventure. 
1.Pergi lepas hajat. (Buang dulu semua air kecil air besar sebab tiada jamban disediakan sepanjang pendakian). There's no toilet up there, so be ready.

2.Pergi awal pagi. 
Kalau boleh pukul 7.30 dah dalam perjalanan. Tapi udara di Gunung Santubong agak sejuk. Jadi jangan risau dengan cuaca panas. Kita tak akan terdedah dengan cahaya matahari sebab dilindungi dengan pokok-pokok. 

3.Bawalah beg sandang untuk bawa ( air, hp, beg duit, jam) 
Percaya tak kalau aku bawa air 1.5 litre je? Memang tak cukup. Menyesal. Nait gunung serapi, tak adalah aku minum banyak sangat sebab elak terkucil. Tapi kali ni memang kena banyak air. Kau minum banyak pun memang tiada rasa nak kencing. So, bawalah banyak-banyak coklet ke, air 1.5 litre 2 botol ke. Next time aku pergi memang 2 botol 1.5liter aku bawa. 

4.Sila bawa plastik takut2 semasa korang naik atau menuruni gunung, cuaca tiba2 hujan pulak. Dapat lah korang protect handphone, wallet or barang2 kesayangan korang dalam plastik. 

5.Bawa payung kalau korang jenis alah air hujan. 

6.Sebelum naik gunung tu sila warming up.
Nanti korang kekejangan otot dekat atas membuatkan korang cepat penat dan sukar untuk ke puncak gunung sebab korang tak larat.  Ke puncak pun dah tak larat. Bayangkan kau menuruni trek yang curam tu. Memang perlu tenaga yang banyak. 

7.pergi weekend, ramai orang. (prefer pagi la) 
Makin ramai orang makin best. Banyak juga bertemu dengan pendaki lain. Semua nya friendly dan mahu bertegur sapa. :D 

P/s. Serious sepanjang aku daki gunung. Tak pernah kasu aku rosak. Tak adalah rosak. Just semakin banyak calar balar. Jadi aku nak tukar kasut. Bajet takde ? Alhamdullilah ada voucher rm50 dari zalora. Yes jum membeli belah di zalora.

Jika ada sebarang pertanyaan sila ajukan diruang comment di bawah.
If you have any questions to ask. Don't hesitate to ask me. Leave your question on the comment below.

Gambar Extra.

Gunung-Santubong
Salah Satu Air Terjun yang kami lalui. 










Bagikan :
+
Previous
Next Post »
7 Komentar untuk "Gunung Santubong Kuching Sarawak Borneo About and Experience "

tetiba teringin nak pergi kuching, mok cuba nait gunung santubong. bagus info tk. boleh jadi rujukan masa akan datang mun nait gunung santubong :)

sehari lah at least masa di spend ke gunung tok. Lagik2 nak yang permula ya. memang penat naik gunung ni. Lepas je turun dari gunung tok. Amer dan kawan-kawan terus pergi Damai Central untuk makan dan minum.

Bestnye dapat mendaki gunung.. :)

best memang best. kalau datang kuching. jangan lupa pergi ke area gunung santubong ini. memang banyak kawasan pelancongan kat sini. Ada Kampung Budaya, Kem permai, damai puri, damai central. Pantai kat sini juga cantik.

Hi Amer. Thanks for the info. Sangat membantu. Will be there on 11 February 2017. Kalau nak hiking lagi, jom pergi sama sama with your friends. Kiki pergi sorang je. Wish me luck ya!

Hye kiki. glad to hear that this entry helps you. Btw, I'm not in Kuching on that time. Enjoy your day. :D kalau boleh hiking dengan hikers lain ok. sebab, gunung tu ada ada juga. harap faham2 lah ye. baca doa kursi awal2 untuk pelindung.

kmk baruk jak nak start hiking koh. hahahah

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top