------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Kurus Dengan Aloe Vera Gel Atau Gel Lidah Buaya

Kurus Dengan Aloe Vera Gel Forever. Pernah dengar tak gel aloevera? Saya memang tak berapa minat dengan aloe vera ini. Tapi terpaksa suka kerana banyak khasiat aloe vera ini. Aloe vera ini kalau dalam bahasa melayu dia ialah lidah buaya. Siapa-siapa yang ada tanam aloe vera ini memang tahu lah berapa wangi nya bau aloe vera ini. Haha. Jarang saya amalkan aloe vera gel forever ini sebab mahal. Saya selalu amalkan minuman lemon detox dan teh hijau boh sahaja. 

Kurus Dengan Aloe Vera Gel Atau Gel Lidah Buaya
Kurus Dengan Aloe Vera Gel Atau Gel Lidah Buaya

Dulu saya ada tertengok iklan ini. Yang budak perempuan ni buat perbandingan 2 mee magge yang diletakkan cecair hitam yang melekit dan melekat di mee itu. Nak dijadikan cerita, budak tu letak 1 mee ke dalam larutan air biasa dan satu lagi mee itu diletakkan di dalam air yang mengandungi gel aloe vera ini. And guess what? Air gel aloe vera itu berjaya membersihkan mee itu manakala mee yang satu lagi di dalam air biasa masih sama, kotoran hitam masih melekat di mee tersebut. Itu membuktikan aloe vera gel ini memang membantu mencuci usus kita. Bayangkan dalam sehari kita makan itu ini tak ingat dunia. Dapat ke perut kita hadam makanan yang kita makan itu dengan baik. Jadi dengan aloe vera ini memang bagus membantu perut untuk menghadam makanan dengan baik dan mencuci sisa-sisa makanan yang susah nak dihadam. Selain dari aloe vera gel, terdapat 3 minuman lain yang bagus untuk hadaman dan kuruskan badan iaitu air asam jawa detoks, air lemon detoks dan air teh hijau. 


Kawan saya ada mengamalkan jus aloe vera ini. Air dia sekotak rm10, kotak besar tapi sedikit lah. Tapi memang saya ada juga amalkan. Selepas minum air jus kotak tu saya rasa mudah nak membuang di waktu pagi. Jadi mmang aloe vera ini berkesan untuk membantu kita kurus. Disebabkan air sekotak itu mahal. Jadi saya syorkan Gel Aloe Vera ini. Seriously saya tidak dibayar untuk melakukan entry kali ini. Walaupun rupa taipan macam lain semacam. Macam ayat promoter di tepi jalan. Serious tidak. Saya hanya ingin membantu mereka di luar sana yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Mungkin dengan minum aloe vera gel ini dapat membantu anda kurus. 




Selama ini saya memang mencari aloe vera gel ini. Hujung tahun 2016 kakak saya balik rumah di kampung dan bawa aloe vera gel. Boleh pulak saya letak empat ke lima sudu ke dalam air masak. Membazirnya. Kakak saya cakap letak sesudu teh je aloe vera gel itu dalam secawan air kosong. Tapi saya? Hahaha. Tak tahu pulak saya aloe vera gel ini mahal. Boleh mencecah RM100 sebotol. 

Selain kurus. Terdapat banyak khasia aloe vera gel ini seperti membina antibody badan yang kuat, melegakan kesakitan, membantu penghadaman dan vitamin semula jadi. Oh ya. Nama produk aloe vera gel yang saya consume ialah Aloe Vera Gel Forever. Memandangkan Aloe Vera Gel Forever ini agak mahal, saya cuma mengamalkan cara orang malas kurus dan berkesan.  


Panduan Mudah Buat Blog A-Z !!! Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal !!!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
5 Komentar untuk "Kurus Dengan Aloe Vera Gel Atau Gel Lidah Buaya"

bagus ni kalau guna.. nice tips bro ! :)

aku update terus masuk dalam first pages google. Alhamdullilah bai :D semoga berguna tips ni... minum banyak2 aloe vera untuk kesihatan badan.

Aloe Vera memang bagus untuk bersihkan dalaman, nak hilangkan parut pun bagus.

tapi kalau parut yang lama tu dia tak layan. haha. amer dah cuba buang parut yang lama... tapi. :()()()() patah seribu hatiku

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top