------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Tips Percutian Ke Kuching Sarawak 2017

Percutian Bajet Ke Kuching Sarawak. Jom melancong ke Kuching, Sarawak. Kepada anda yang berminat nak bercuti ke Kuching, Sarawak. Bolehlah bookmarkan laman web saya ini. Kerana disini saya akan kongsikan tempat best untuk dilawati sepanjang anda berada di Kuching Sarawak ini. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan Uber di sekitar Kuching ini. 

Jika anda ada sebarang pertanyaan tentang Bandar Kuching ini. Bolehlah comment di ruangan comment di bawah. Saya akan cuba membalas comment anda. Kuching ini adalah bandar utama di Sarawak. Bandar Kuching juga telah mendapat gelaran City Of Unity. Sebab orang di Kuching ini memang hormat menghormati satu sama lain tanpa mengira perbezaan kaum dan agama. Di Kuching, sukar untuk anda mendengar pemandu membunyikan hon melainkan keadaan begitu mendesak atau boleh menyebabkan accident. Jika minor kesalah sahaja, orang Kuching memang rileks. Sayang nak tekan hon takut rosak kot. 



Kepada anda yang nak cuba belajar bahasa Melayu Sarawak sebelum bercuti di Sarawak. Anda boleh mengikuti post saya yang ini Jom Belajar Bahasa Melayu Sarawak. Di post tersebut. Complete from A to Z. Saya telah mengajar hampir semua perkataan Melayu Sarawak. Kebanyakkan perkataan melayu sarawak dengan bahasa melayu baku adalah sama sahaja. 

Tune Hotel Kuching Bersebelahan dengan Hilton Hotel

Hotel Budget Di Sekitar Kuching.
Seperti melancong di tempat lain. Memang hotel lah yang perlu kita fikir untuk menginap. Hotel ini selalunya tempat untuk kita tidur,mandi dan berehat sahaja. Buat apalah nak menginap di hotel yang mahal-mahal. Kita nak menikmati pemandangan di Kuching sahaja. Jika anda mahu survey harga hotel bajet di Kuching. Bagi saya, hotel yang agak murah di sekitar bandar Kuching ini ialah Hero Hostel dan juga Tune Hotel. Anda juga boleh ikuti post saya ini : Senarai Hotel Bajet Di Kuching



Jika anda melancong ke Kuching dengan keluarga yang ramai. Saya boleh cadangkan kepada anda untuk stay di homestay. Disekitar Bandar Kuching ini terdapat banyak homestay dengan harga yang berpatutan. Senarai Homestay Di Kuching. Mungkin anda juga boleh bertanya dengan mereka tempat menyewa kereta murah di Kuching juga. 

Mee Kolok di Kedai Kamek

Tempat Makan Best Di Sekitar Bandar Kuching
Dah adat melancong di negeri orang. Mestilah nak merasa selera orang tempatan. Tempat makan wajib anda cuba ialah My Village Barok. Dekat sini ada jual ayam ketok atau penyek yang rasanya memang luar biasa. Sedap. Jika anda ingin cuba makan mee kolok atau mee laksa sarawak boleh cuba di Kedei Kamek. Ada banyak lagi restaurant di Kuching yang ada jual mee kolok, linut, atau makanan tempatan Kuching yang sedap. Senarai Tempat Makan Best Di Kuching. Kalau nak makan petang atau lepak lepak minum petang. Saya cadangkan anda pergi ke tempat best makan petang ini. Seperti Sweekang dan Lock An.

Bakso dan Mee Kolok D'Warong Syawal.

Kalau anda nak perkena bakso yang sedap anda boleh pergi ke D'Warong Syawal Jalan Semariang Kuching. Boleh percaya tak kalau saya cakap bila saya datang ke sini saya order dua menu iaitu Mee Kolok dan Bakso. Sebab berani order dua, harga nya memang murah dan berpatutan. Portion dia besar. Just selera saya ni macam bujang senang. 

Tebingan Sungai Kuching. Kuching Waterfront. 

Tempat Menarik Wajib Pergi Di Kuching
Kita sambung ke tempat wajib pergi bila berada di Badar Kuching. Makesure anda ada sewa kereta, line internet yang bagus untuk buka waze. Sebab bandar Kuching ini memang besar. Tapi seperti Pulau Langkawi, masuk sini keluar sana last-last balik ke tempat asal. Kalau Kuching ini. Boleh sesat jugak kalau tak pakai waze. Ok Senarai Tempat Wajib Pergi Bila Di Kuching. 


  1. Muzium Kuching DBKU ***
  2. Jong's Crocodile Farm ***
  3. Kampung Budaya (Terletak Di area Damai Central) *
  4. Damai Central (Damai Beach, Santubong) ***
  5. Muzium Sarawak (Tepi Hotel Merdeka Palace) ***
  6. Waterfront Kuching. (Recommend Pergi Waktu Malam View Cantik) ***
  7. Bako National Park (Perlu keluar duit sebab kena bayar entrance fees and bayar boat) *
  8. Semenggoh Nature Reserve ***
  9. Fairy Cave & Wind Cave (Di Bau, Agak Jauh Dari Bandar Kuching) ***
  10. Annah Rais Hotsprings & Bidayuh Longhouse ***
  11. Kedai Kek Lapis & Ikan Terubuk Masin (Dekat Area My Village Barok) **
  12. Pasar Serikin (Di Area Lundu. Agak Jauh Dari Bandar) **
  13. Tasik Biru (Di Bau, Jauh Dari Bandar Kuching) **
  14. Kubah Ria Komplex (Tempat Makan Paling Banyak Kedai Makan) ***
  15. Taman Sahabat (Kalau rasa nak ke Beijing, Pergilah sini. Tempat saya photoshoot konvo) ***
  16. Borneo Highland *



Yang saya letak *** tu memang wajib terjah. Sebab memang best dan bayaran masuk pun tak mahal. Saya lebih sukakan travel yang bajet. kalau * tu anda kena perlu laburkan banyak duit. Tapi kalau rasa once in a lifetime. Labur saja duit itu. 

Terdapat banyak lagi aktiviti lain yang anda boleh buat di Sekitar Kuching. Seperti aktiviti malam hari di Kuching. Jika anda seorang pengembara, anda juga boleh melakukan aktiviti mendaki, ada gunung best untuk didaki sekitar Kuching ini iaitu Gunung Santubong dan Gunung Serapi. Jangan lupa bawa bekalan pakaian lebih. Sebab air terjun dekat sana memang cantik dan best untuk mandi. Kalau anda rasa boring tak tahu nak buat apa, anda juga boleh pergi kareoke
Panduan Mudah Buat Blog A-Z !!! Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal !!!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
40 Komentar untuk "Tips Percutian Ke Kuching Sarawak 2017"

rasa nak pergi kuching jak bila baca entry tk. banyak tempat mok agak :D

Best oo kuching. Jom Lah Datang sitok :D

Banyak lagi tempat menarik di area Kuching yang belum saya cover. Thank you for the useful tips =)

waa.. nih yang nak masuk wishlist nih.. hee~

teringin nak pergi Waterfront sebab ramai kata cantik
dan nak makan mee kolok, aish sedapnye!

XX Atheera | http://atheeradayana.com/ XX

terbaikkk :D jum jalan2 di bandar kuching Kak. :D

sebagai orang Kuching. Ada juga tempat saya belum pergi sebab cost agak tinggi nak pergi. Macam taman bako tu. and borneo highland. :D jum lah datang sini sekali sekala.

boleh masuk wishlist. sekali sekala datang sini memang best. :D jum2

yeap memang cantik waterfront kuching. tunggu walking bridge ke DUN Kuching siap. Memang terbaiklah bandar kuching

Salam perkenalan... blogwalking dan done follow blog ini. :)

wah menarik! busyra tak pernah smpai ke sana lg. hehe

singgah sini jap . done follow amer . done put u in my bloglist . lets keep in touch as a blogger .. do follow back kay ..

banyaknya tempat menarik di kuching... Mee Kolok tu nampak sedap betul!

hye salam perkenalan and thanks :D

hye shahril . Thanks. ive done the same thing too

mee kolok tu memang kegemaran amer. sekali skala boleh lah dtg sini:D

Katalah nak pergi semua tempat tu berapa banyak hari agak-agaknya tu?

hye miss A. tak pasti lah berapa hari dpt. :D .. kalau boleh pergi 5 hari lah at least. :D

Amer Jaya, sis pernah tinggal di Tune Hotel Kuching depan waterfront.. Masa tu hazab betul cari makanan sebab dikhuatiri status halal. 3 hari asyik berulang makan McD dan KFC sampai jemu.. Pergi gerai seberang sungai pun hanya mampu tengok mee kolok..huhuhuhu

Next time pergi boleh rujuk di sini.. Thanks for sharing..

Hye Sis IamLZ. Sorry to hear that. :(. Bila Sis pergi tu? Ingatkan sis nak buat review pasal tunehotel tu. Tau je kan, tune hotel, bayar pun mughah.. Saya memahami sis dalam mencari kedai makan tu sebab tau-2 je lah Sarawak ni bukan negeri majority Islam. Tapi banyak je kedai-kedai makan yang halal sekitar bandar kuching ni. Just ada yang mahal dan affordable . Dekat area Tune Hotel itu ada kedai makan The Garage, rasanya owner orang melayu islam. Chef banyak bertudung.

Kalau nak makan mee kolok, boleh request uber atau teksi hantar sis ke Pondok Anis (Rimba 12) berdepan dengan Ariff Hotel, memang sedap mee kolok situ.

Biasalah sis, pergi tempat orang, nak elak was-2 better pergi KFc mahupun McD je.. rasa melancong kat Kl pulak sebab nak carik mamak susah. KFC je lah.

Kurang cket makan mee2 ni. Apa lagi eh makanan best dekat sarawak?

emmm ummm ammm ummm. hahaha tak tahu nak habaq lagu mana dah... pi mai pi mai tang tu jugak. sarawak masih dlm malaysia. jadi makanan2 dia masih dipengaruhi cara pemakanan orang Semenanjung.


mungkin boleh cuba, linut, umei, ayam pansoh, ayam penyet, air krim gulapong..

maaflah ... amer tak tahu makanan apa lagi unique kat Kuching ni. almaklumlah... setia kepada laksa, kolok, bakso,ayam penyet bila makana kat kedai luar

Orang Sarawak paduhal. Ingat orang Malaya tek. Heheh. Bila nak molah gathering tuk. Hahah.

Jom exchange bloglist, http://lynk.my/w1cm

Sarawak je kak ana belum jejak lagi. Kalau tak complete satu Malaysia. Hehe

Insya-Allah mommy nanti mun ada masa lapang kita polah meet up blogger area kuching mahupun sarawak.

Wasehh... Sarawak besar kak ana sebab tu lah 2 3 nak pi tu. Kalau Kota Kinabalu tu banyak sikit kawasan attraction dia lagi2 pulau dia dekat dengan Banda KK.

macam best je kuching sarawak ni .. x prnah prgi lg

Nak pergi Kuching jugak lah Amer... :-) Kelak boleh jumpa....

assalamualaikum..nak tnya tmpt serikin tu best ke?stiap hari apa boleh pergi ksana?

Saya pun nak jln ke sana bln 4 ni,nak tanye sewa kereta atau ambil tour guide yg lebih baik?klu kedai mkn disekitar bandar kuching tu byk ke yg halal?

wawww excited sya mw pigi kuching.. bnyk info dpt kat sini. tq banyak! next month jln2 sana... tapi mcm agak susah pergi tempat2 indah ecehh haha tu kan klau xda krta.. pergi Bau xda transpot awam ka?

Hi.. Sy akn ke srwak selma 6hr.. Tp masih buntu mau kemna.. Perlu ke sewa kereta, atau memadai pkai uber or grab car jee.. Thanks...

boleh suggest tempat sewa kereta 7 seaters

Hi amer, pondok anis tu buka pukul berapa?

Tq Amer, byk tips dpt sblm ke Kuching Sept ni. Sy pernah ke Bako National Park 18 tahun dulu. Ingat sampai hr ni sbb cantik sgt.

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top