------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Tips Meningkatkan Traffic Pengunjung Ke Blog 2017

Cara dan Tips Tambah Atau Tingkatkan Traffic/Pelawat/Pembaca ke blog. Assalammualaikum. Sudah hampir berabad aku dalam dunia blog. Jadi sudah semestinya banyak ilmu berkaitan dengan blog ini. Tapi tak semua ilmu boleh dikongsi dengan percuma. Aku plan nak jual ebook macam mana nak tingkatkan traffic ke seribu pageviews dalam masa sehari. Ok aku tipu tentang ebook itu. Tapi memang ada blogger yang berbusiness cara begitu. Itu je cara mereka membuat periuk nasi. Blog aku punya pageview pernah jatuh merudum dari beribu sampai lah ke berpuluh orang sahaja view dalam masa sehari. Jom baca : Awas! Inilah Punca Traffic atau Visitor Blog Menurun.


Tips Meningkatkan Traffic Pengunjung Ke Blog
Tips Meningkatkan Traffic Pengunjung Ke Blog

Tak suka taip panjang. Nak tingkatkan traffic blog ini mudah je. Tapi bagi aku, aku lebih sukakan organic view atau pun view sukarela. Aku rasa aku buat term sendiri. Organic view dari pandangan aku ialah orang datang ke blog melalui pencarian google. Jadi, anda tak perlulah nak ping ping blog ke sana ke mari. Tapi tak apa, I used to be newbie before. Bukan sekali, tapi berkali-kali. Sebab jadi newbie ? Tersasar dari dunia blog. Lama mendiam menyepi jadi ilmu blog berkarat.Tapi sekarang aku kembali dengan domain Amerjaya.Com (berangan). Aku mula dari bawah balik. Dari pageviews 100 ke 200 sehari. Sampai lah sekarang dah lebih dari 3000. Masih consistent kadang-kadang turun ke 2000 balik. 

Aku dah cakap aku malas nak taip panjang tapi semenjak dah habis belajar degree ini idea mengoreng aku semakin lah membuak-buak. Kenapa menjadi begitu? Aku bukan menjawab paper. Just nak kongsikan tips tingkatkan traffic ke blog kepada blogger baru atau blogger newbie :

1. Buat Contest, Giveaway, dan Segment. 
Rasa macam blogger anda terlampau lah newbie. Sampaikan follower pun tak mencecah 100 orang? Jangan risau. Dengan buat giveaway je follower anda akan dapat mencecah 200 300 ke 500 dalam masa yang singkat dengan hanya mengadakan giveaway. Blog aku waktu mula-mula naik dulu, aku memang selalu buat giveaway. Giveaway gempak-gempak lah. Hadiah nya macam camera lomo, jam ice watch, dan banyak lagi. Rupa macam mahal kan? mmm tak adalah mahal. Just affordable. Time tu aku berduit kot. Sekarang ini fikir dua tiga kali nak buat GA. Penat. Tapi nanti-nanti aku nak buat lah sebab nak menghargai follower aku. 

Alternative lain, anda buat segment follow mollow. Segment ini memang cepat dapat sambutan orang ramai. Siapa je tak nak follower meningkat bukan? Tapi selalunya lah blogger yang banyak follower ni, mereka ni kalau join segment follow mollow, mereka tak serious pun nak follow balik. Yang serious follow mollow ni blogger newbie je yang bersemangat. Maaf, ini hanya sesetengah blogger banyak follower. Tak semua.

Jadi, dengan Contest, Giveaway, dan Segment ini memang akan meningkatkan traffic anda. Tapi dalam masa yang sekejap sahajalah. Kalau dah habis segment atau giveaway itu, blog anda akan menjadi sunyi balik. Lagi sedih jika ada peserta unfollow blog anda sebab tak menang giveaway. Yang ini jarang berlaku. Jangan risau. 

Tak ada bajet nak buat giveaway, contest atau segment? Jangan risau. Anda boleh cari sponsor dari blogger otai atau blogger suam-suam kuku macam blog amer ini. Tapi amer tak sponsor apa-apa lagi buat masa ini. Anda boleh juga naikkan traffic blog anda dengan join contest, giveaway dan segment. Kerana blogger memang suka click article berbau segment, giveaway, dan contest ini. Sebab post mengenai 3 ini memang mengundang visitor. Aku pun suka click post giveaway orang atau segment. Bukan niat nak join, tapi niat nak skodeng senarai peserta mereka. Sebab nak blogwalking belog peserta dan ucap good luck semoga berjaya. 



2. Ping Blog Di Babat.Net
Last but not least pasal ping blog ini, medium ping blog jenis website yang aku suka ialah babab.net. Win win situation. Anda bagi dia traffic, dia bagi anda traffic balik. Bagus bukan? Hanya meletakkan button Babab.net dalam blog anda, post dalam blog anda akan di ping ke babab.net. Pembaca di babab.net boleh tahan ramai. Jadi submitlah blog anda di Babab.net

Jika anda mahu lebih banyak traffic ke blog anda. Anda boleh install widget traffic babab dalam blog anda. Widget traffic ini seperti related post. Tapi kebanyakkan post yang keluar di widget ini adalah post dari blog orang lain. Jadi, post anda juga akan disiarkan ke dalam blog orang lain yang memasang widget traffic ini. Jadi, win win situation. Bagus sistem babab ini. 

Tips Meningkatkan Traffic Pengunjung Ke Blog
Tips Meningkatkan Traffic Pengunjung Ke Blog

3. Ping Blog Di Facebook Group 
Tahu tak macam mana nak ping blog. Anda terjah group-group di facebook dan postkan link post entry terbaru anda ke group itu. Tapi mesti berkaitan dengan penubuhan group itulah. Sebagai contoh, kalau anda ada join group kurus dalam masa satu jam. Jadi, anda kenalah ping entry yang berkaitan dengan kurus di group itu seperti post ini : 3 Sebab Kenapa Susah Nak Kurus. Confirm banyak target reader yang nak kurus dalam group itu akan click blog anda sebab title dan catchy. Tapi makesure isi dia berinfomasi dan bermanfaat. 

Kalau nak ping blog di group persatuan blog. Aku rasa macam kurang sambutan sedikit. Almaklumlah blogger je banyak dalam itu. Jadi tak semua mereka akan berminat nak terjah blog anda. Ok bawah ini group persatuan blog yang aku join dan boleh kata boleh tahan juga lah traffic datang dari group ini. 

Geng Blogger Malaysia 13K Members
Blogger Crew  18K Members
Ex-Tream Blogger 8K Members

Banyak lagi sebenarnya persatuan blog di facebook. Tapi aku share group yang ada members banyak je. Dan aku selalu ping blog aku ke group yang banyak members sahaja. Buat apa ping dua tiga kali , jika anda tahu kebanyakkan member dalam group itu adalah orang yang sama sahaja. Bagus ping di group yang paling banyak members. Save masa dan jimat tenaga. Aku tahu ada yang menggunakan khidmat auto ping dimana anda boleh submit post blog anda serentak ke semua blog group dengan satu click sahaja. Tapi, cara ini akan membuatkan anda dilable sebagai spammer dan jika anda perasan, tak semua group link blog anda berjaya di ping atau disubmit. 


4. Tambah Rakan Banyak-Banyak Di Facebook. 
Aku tahu zaman sekarang memang bahaya nak reveal facebook dekat orang awam. Tak semua dapat dipercayai. Tapi aku tak cadangkan anda guna personal facebook untuk promote blog anda. Aku cadangkan anda membuka extra facebook account untuk tujuan blog sahaja. Tugas anda meng add semua kenalan blogger dan juga add je siapa-siapa yang active dalam facebook tu. Dekat friend suggestion tu, add je mana yang banyak mutual friend itu. Apa? Penat nak click satu-satu button add friend. Cuba cara ini : Cara Cepat Add Friend Facebook Dengan 1 Klik

Jika kawan di facebook anda sudah ramai. Anda hanya boleh ping je post blog terbaru anda di wall facebook anda. Bayangkan jika anda ada 1 account facebook yang ada 5 ribu kawan. Dalam 5 ribu tu tak mungkin lah 10 orang je baca. Kalau post title anda catchy dan menarik. Mesti boleh tarik beratus views dari facebook. 

Pakai lah gambar molek dekat facebook anda tu. Mesti ramai berminat nak add anda. Jadi, jika anda ada banyak orang send request kepada anda. Aku cadangkan anda guna cara ini : Approve Friend Request Banyak Dengan 1 Click

Tips Meningkatkan Traffic Pengunjung Ke Blog
Tips Meningkatkan Traffic Pengunjung Ke Blog

5. Belajar SEO. 
Kepada blogger pemula atau blogger baru. Ini tips sepatutnya bukan untuk blogger baru. Tapi aku dah ketandusan idea nak bagi tips apa dah. Sebab sepatutnya yang no 1 itu dapat dipecah jadi 3. Tapi aku tak nak buat macam itu sebab blogger lain dah banyak terangkan pasal 3 itu. Jadi disini aku nak bagi cadangan dengan anda. Kalau nak survive di dunia blog ini. Belajarlah SEO. SEO ini kena belajar sendiri. Kena tengok cara penulisan seseorang dalam blog. Bila dia akan boldkan tulisan dia. Bila masa nya dia italic kan tulisan dia. Dan bila juga masanya dia underline tulisan dia. Perbuatan ini bukan suka-suka. Tapi untuk SEO. Pandai bermain dengan Labels, dan jangan biar search description kosong. Isi je dengan tajuk entry post ke. Nanti aku nak tulis post berkaitan SEO untuk Blog Permula. Buat masa ini, post aku yang terbaik dengan SEO ini ialah  Tips Dekan, Kurus Dengan Aloe Vera, dan Cara buat duit dengan internet 2017. Anda boleh search keyword ini di google. InshaAllah ada blog aku dalam senarai first page pencarian. Aku masih fikir dua tiga perlu ke aku tukar domain blogspot.com ke dot com? Sedangkan yang free ni je aku masih boleh survive dalam dunia blogging seo. Mungkin nanti-nanti jika ada duit lebih. Aku akan tukar ke domain sendiri.

Itu sahaja perkongsian aku buat masa ini. Jika anda ada tips lain yang terbaik. Bolehlah comment di bawah ini. Aku amat menghargainya. Marilah berkongsi ilmu. 


Bagikan :
+
Previous
Next Post »
12 Komentar untuk "Tips Meningkatkan Traffic Pengunjung Ke Blog 2017"

Ok jadi bila ada giveaway baru? Hehehe.

bagus tips ni.. done follow awak :)

tips yg bgus.. mhon share ye nnti..:D

p/s : hi... sy dtg blogwalking dan sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye.. :D ty..
banyak info menarik yang saya kongsikan di www.1001petua.com .. InsyaAllah, awk pasti tak kan menyesal.. :D

boleh share. tapi credit ke nama penulis yang segak bergaya ni ok.. btw nice lah blog awak.

hye intan :D thanks for following my blog

hahaha buat masa terdekat. tak terfikir lagi nak buat giveaway. sebab tak berani dulu. blurr dengan adsense. dia benarkan atau tak bersegment dalam blog.

Tahun ni memang merundum sebab google tengah buat apa ntah ler... itu info saya dapat dari blogger otai... banyak juga jatuh tu... satu lagi tips... rajinkan diri blogwalking.. insha Allah boleh tambah lebih ramai kenalan dan pv juga...

oh ye ke... patutlah viewer page mcm susah nak naik je. thanks for the tip Maria :D

Pertama kali datang ke blog amerjaya. Apa yang dah saya baca bagus belaka bagi saya yang baru cuba menulis blog. Terima kasih di atas perkongsian yang baik.

Terima kasih untuk masukannya kak :)
Informasi ini akan saya gunakan untuk memajukan website kami :)
Terima kasih :)
Agen Bola Terpercaya

Agen Togel Terpercaya

Sudilah visit ke blog community

http://lamanqaseh.blogspot.com/

Untuk sebarang buah fikira dan pendapat tentang topik yang dibincangkan.

Terima kasih

kak, apakah blog belum berumur juga bisa dapat visitor yang banyak?

mampir juga ya kak, di www.drakorku-id.com

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top