------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Cara Aku atasi Writer's Block.

Cara Mengatasi Writer's Blog atau Tiada Idea Nak Update Apa.  Pernah mengalami Writer's block ? Waktu aku menaip ni. Aku baru je edit layout aku. Memang stress. Coding dia macam apa je aku nak atur satu-satu. Lepastu dia tak read pulak. error sana sini. Macam tikus membaiki labu je aku ni. Edit Blog HTML ini adalah salah satu mengapa aku jadi writer's block. Selagi tak atur selagi tu mood blogging aku ke laut. Hampir nak giveup. Ok back to our main topic. Cara Atasi Writer's block


Kalau semalam aku dah taip panjang berjela 5 sebab writer's block. Hari ini aku nak kongsikan kepada anda semua cara aku atasi writer's blog. Setiap penyakit ada penawarnya. Jadi di bawah ini adalah 5 strategi aku menangani writer's block. Aku dari semalam lagi asyik nak type writer's blog je. Ha type pun. 

P/s Perubahan Anda ke Kau akan berlaku. 


1. Banyak Membaca 
Entry semalam aku dah habak mai. Banyakkan membaca. Pergi blog yang sama niches. Kalau kau blog pasal pelancongan atau menternak lemak di kedai makan. Pergi ke niches blog yang sama dengan kau. Tengok cara dia menaip entry itu. Kau ilhamkan. Kau ubah cara kau tapi cuba ikut style dia menyampaikan ilmu. Lebih senang untuk orang faham lebih bagus. 


2. Banyak menonton video menarik di Youtube mahupun Astro. 
Menontonlah banyak-banyak video di youtube mahupun astro. Dan kau pun keting* datang ilham atau idea nak tulis apa. Macam di youtube, kau sedang tengok video cara memanjat pokok durian. Then ada suggestion video tips ada anak kembar. Haa. Kau update lah blog tentang anak kembar dan beberapa tips yang kau tahu macam mana nak ada anak kembar. Mungkin kau boleh masukkan idea dari video youtube itu juga. Atau tambah idea kau sendiri. Seperti kahwin dengan baka kembar, atau makan pisang kembar(melawak). 

3. Sedia Nota Khas Untuk Blog 
Yes. Nak jadi blogger berjaya. Kena ada nota khas. Nota tu kena tulis tulis ke mer? Eh tak da lah. Zaman dah moden. Kau boleh catit dalam laptop mahupun handphone kau. Bila kau tengah syok tonton video dekat youtube. Then idea sampai. Kau terus tulis idea tu dalam nota kau idea tu. Sebagai contoh tutorial nak jadi blogger terkenal di Sekolah Sendiri. 

Belum Ada Masa Nak Taip Artikel Daftar Forex Tersebut. 

Ni tips dari aku. Dekat whatsapp aku. Aku akan buatkan satu group bertajuk idea blog. Dalam group itu aku invite nombor aku satu lagi untuk join. Ye lah nak buat group kena ada 2 nombor. Kalu tiada 2 nombor, anda invite akak abang. Then kick mereka lepas je group tu tertubuh. Bila kau ada idea kau tulis lah idea tu dalam group tu. Then bila ada mood, kau type lah penerangan tentang idea kau tu melalui telephone. Aku rasa menaip guna telephone best lagi. Kira macam draft blog lah group tu. Bila kau rasa nak update, kau buka lah laptop, letak gambar cantik dalam tu. 

Selain drafting. Aku guna whatsapp group itu untuk letak gambar yang aku nak letak dalam blog. So aku send je gambar terbaru (tentang kedai makan ke, tempat pelancongan ke, interview ke) send ke group itu. Sebab aku buat macam tu? Aku nak kecilkan size gambar tu ke size whatsapp.Senang aku edit and senang aku nak upload ke blog sebab size keci. Aku guna web.whatsapp je untuk transfer gambar (save as) dan copy draft post aku itu ke blog.  

4. Sediakan Blog List Achievement 
Eh. Emm apa ni erk. Aku drafting je benda ni semalam. mmm apa erk. Apa maksud aku blog list achievement? Blog list dalam blog ke apa. Jap erk aku fikir dulu. Aku skip ke point nombor lima dulu. (Ni salah satu tips, tiada idea nak tulis point ni, teruskan taip untuk idea seterusnya)

Blog list itu memang suruh aku confuse kejap. Mungkin aku nak type List of Blog Goals. Ok untuk menaikkan semangat anda berblog. Anda tulis lah blog goals anda untuk bulan ini atau bulan depan ataupun untuk tahun ini dalam telephone anda atau dalam hati pun boleh tapi takut lupa. Selalunya goals untuk blog aku macam ini, aku akan letakkan iklan nuffnang hanya bila blog aku sampai 1 ribu viewers setiap hari. So, blog aku dah sampai 1 ribu viewers (organic view). Only then aku letak nuffnang. Nampak tak semangat aku berblog naik sebab aku nak capai target letak nuffnang dalam blog. 

Tapi tu lah, pendapatan atau earning nuffnang ni memang buatkan mata aku berhabuk. Lepas tu baca lagi yang nuffnang sekarang susah nak bayar earning atau post cheque blogger atas sebab Fraud Click. Mungkin salah blogger tu kot yang dok isi tabung sana sini. Anda tak support aktiviti ini, tapi ada blogger lain yang blogwalking ke blog anda and type message Blogwalking disini dan isi minyak blog. Aku bila dapat message macam ni terus aku delete. Bahaya. Nanti pihak pengiklan ingat aku support activity kurang sihat itu. 

Blog Goals aku yang lain seperti, aku nak naikkan pageviews tinggi melangit sebab nak daftar innity(berangan), dan nak target followers seramai 3000 orang pada 1.March ini. Rasanya akan terlaksana awal kot goals followers aku tu. 

5. Letakkan Blog Best Dalam Bloglist. 
Ini aku kena buat. Tengok bloglist aku sekarang. Itulah mangsa mangsa blog yang aku pozer dalam diam. HAHA. Aku baca blog mereka. Aku cuba tengok style blog dan penulisan mereka. Ada antara mereka sangat peramah sampai Blog mereka siap ada beratus* comments. Nak jadi macam mereka. Tapi itulah aku tak larat nak baca diary orang dan mungkin mereka rajin comment blog orang. Kalau blog share tentang tips atau tentang jalan-jalan makan angin. Memang aku akan tertarik nak baca. Benda interesting lah. Kalau macam topik hari ini aku nak tonton didi and friend dekat astro ceria. Hari ini aku nak isi minyak dekat shell, tak nak dekat petronas. Title je dah macam tak mengancin.. Takpa-takpa. Itu blog anda. Anda type je apa terlintas di fikiran and elak writer's block. Tapi post macam itu memang akan menjadi bahan bersejarah sahaja. Post aku Cara Aku Atasi Writer's Block ini pun aku rasa macam jadi bahan bersejarah dalam blog aku je. 

Maaf jika ada kesalahan tatabahasa dan typo. Jika anda ada sebarang idea atau tips nak elak writer's gaya anda sendiri. Bolehlah kongsi di ruangan comment di bawah ok? Terima Kasih. 
Panduan Mudah Buat Blog A-Z !!! Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal !!!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
12 Komentar untuk "Cara Aku atasi Writer's Block. "

nice tips!
susah bila kenak writer's block tk. makin2 bila sikda mood datang mok menulis something rah blog T^T

Azreen. thanks for commenting my post. Number 3 tu memang mesti. Kalau tak. hilang macam tu je idea.

hahaha sikpat diembak gilak writer's block. alu bersawang spider blog kita kelak

tips yang bagus ni. nak jadi blogger yang berjaya macam amer jugak hehe.

Tips no 3 terbaik bagi Mrs. A.
Nak buat jugaklah ngeh!ngeh!ngeh!

Insya-Allah kita sama2 jadi blogger yang berjaya Syed. SLR. serious camne boleh terlepas pandang comment hang. Aku belum berjaya lagi sebagai blogger. kena kerja keras lagi

Yes. Boleh. hahaha dipersilakan. Kadang2 malas nak buka laptop kan :D

suka baca blog ni. banyak tips. good. good

semoga bermanfaat. Insya-Allah. thanks dorsett pink

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top