------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Tips Cara Rahsia Lulus Interview Cara AmerJaya 2017

Saja letak Tips Cara Rahsia Lulus Interview Cara Aku biar senang sikit orang notice dengan blog tak berapa aku ni. Aku pernah pergi interview steward atau flight attendant atau cabin crew di airasia dan juga Maswings. Aku pernah pergi interview askar untuk leftenan muda TDM. Aku juga pernah pergi interview untuk programm Master. Jadi dah boleh lah aku share tips kepada pembaca blog aku. 

tips lulus interview 2017

Hodoh Nye Banner Yang Aku Design Ni. haha.

First aku nak cakap, dapat kerja atau tidak memang bergantung kepada rezeki. Tapi apa yang kita perlu buat adalah berusaha menjadi yang terbaik. Jika pergi interview tapi tak buat preparation, memang tak lah panel pilih kau.


Assalammualaikum, hye aku amerjaya pakar motivasi blogger, ok aku tipu. Hari ini aku nak share beberapa tips aku untuk menangkan hati interviewer. Sikit je. Banyak sebenarnya tapi  aku  malas nak menaip panjang. Aku tahu kau pun malas nak membaca panjang-panjang.


Hafal Script
Cuba hafal skrip. Aku tahu ramai yang tak setuju dengan cara aku ini. Aku hafal skrip. Even pengenalan diri pun aku hafal script. Hye hello my name is Hamir, I come from Kuching, I’m 20 years old. I’m a graduated from Uitm Samarahan Major in Administration with honor. Before this, I used to work at Qs Outlet for 3 months as a sales promoter, etc.  I can speak more than 10 languages that is Malay, etc etc.

Bayangkan kalau kau tak ada skrip dalam kepala. Dan bila di interview kau tiada practice nak cakap apa. So tell me about yourself, kau end up cakap nama kau, asal kau, and umur kau, and cakap sikit-sikit dan sebab kau nervous terus ko cakap that’s all about me. Mnmmm

Hafal skrip ini boleh membuatkan kau rasa tenang sebab kau dah prepare, walaupun kau tak hafal skrip 100% at least kau ada idea dan susunan kata untuk di cakap nanti bila diperlukan.


Improve Your English
Improve macam mana erk? Kalau boleh belajar lah grammar secara fun. Tapi aku lebih suka je buka buku grammar. Baca berulang kali. Lepas tu aku facepalm. Aku pernah buat grammatic error ini. Paloi nya aku.

Cara lain untuk improve English ialah dengan membaca buku comic santai mahupun blog English. Kalau aku, aku akan tengok movie Xman and Harry Potter untuk improve English aku. Aku imitating cara mereka cakap sambil itu aku menghafal dialogue mereka.

Bila kau rasa kau banyak improvement dengan English kau. Kau akan lebih confident untuk bercakap dengan orang.


Bercakap dengan suara yang LANTANG.
Aku dekat rumah aku cakap cara malas. Suara sengung. Sampaikan family aku marah aku cakap macam itu sebab mereka tak dapat dengar sangat apa yang aku cakapkan.

Tapi bila dekat bilik interview. Aku akan makesure kerongkong aku tiada kahak yang menghalang suara aku menjadi merdu, dan aku elak hidung aku beringus. Haha.. Pandai-pandai lah fikir macam mana nak buang semua benda tu.

Aku akan cakap selantang nya dengan ayat yang clear dapat di dengar. Nervous? Siapa tak nervous. Kalau kau dah selalu pergi interview. Memang kau akan slow-slow hilang nervous tu.

Jadi lantangkan suara. Jangan halus sangat suara tu. Kalau boleh biar bergema. Tapi jangan shouting* atau berteriak. Just pandai-pandai kau lah balance suara tu.

See? Panjang pulak aku membebel. Banyak idea. Tapi aku elak membebel panjang. Aku tahu bosan kot baca panjang sangat. So I keep it short and compact powder.


Panduan Mudah Buat Blog A-Z !!! Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal !!!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "Tips Cara Rahsia Lulus Interview Cara AmerJaya 2017"

Thank you tips Amer! Sangat bermanfaat :) Setuju bab hafal script tu. Walaupun dia tak tanya dengan semua yang kita hafal, at least dah terbiasa dengan corak soalan temuduga kan. Yang penting STUDY!

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top