------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Tips Idea Berblogging Kalau Tiada Idea Nak Blog Apa

Tips Kalau Tiada Idea Nak Blog Apa. Tips idea untuk berblogging. Senarai blog idea untuk menulis blog. 

Anda blogger baru? Silahlah follow blog saya untuk banyak lagi tips tentang blogger ini. Aku tahu, nak masuk dunia blog ini, anda kenalah creative. Pemikiran juga perlu luar kotak. Minda juga perlu aktif berfikir. Nak blog apa? Dulu aku selalu mengalami death note, eh salah death note pulak. Aku dulu selalu mengalami masalah Writer’s Block . Tapi sekarang agak jaranglah aku nak berblock bagai.

Tips Kalau Tiada Idea Nak Blog Apa. Tips idea untuk berblogging. Senarai blog idea untuk menulis blog.

Kepada anda yang ketandusan idea nak blog apa. Dibawah ini aku nak share beberapa idea untuk datangkan ilham dalam minda anda untuk menaip. Jangan halang minat anda untuk menaip. Sharing is caring. Jum, ikut blog idea dibawah ini.

1. Buat Senarai untuk Sesuatu Benda
Aku kalau google benda, mesti akan lebih focus kepada blog yang tulis senarai. Contoh aku type tempat best di pergi di Langkawi. Kalau ada word Senarai Tempat Best. Mesti aku akan click laman web itu. Jadi, jika anda berasal dari Selangor menetap di Klang contohnya. Anda taip lah tempat best melancong di sekitar Klang. Senarai tempat makan best di Klang Selangor. Senarai hotel bajet sekitar klang. Banyak lagi senarai yang anda boleh buat jika anda banyak idea.

Pembaca lebih suka baca yang jenis senarai ini sebab bagi mereka, laman web itu lengkap sebab web itu akan senaraikan at least 3 from the best. Jadi dia tak perlu lah bazir masa nak buka  web lain untuk cari satu persatu benda yang dia nak. Macam aku ada buat post Senarai Tempat Karaoke best Sekitar Kuching. Ada juga orang cari word itu dalam google. Terjumpa blog aku.

2. Share Hack Yang Kau Tahu.
Bila sebut hack, tak perlu lah terus fikir kau pernah godam account facebook adik kau. Bukan yang itu. Kalau kau ada cara hack atau cara mudah untuk membuat sesuatu benda itu. Kau kongsikan dalam blog kau. Mesti ramai yang tertarik untuk belajar. Contoh lah, cara ikat tali leher dalam masa 3 saat. Hebat tu, orang selalu ikat tali leher dalam masa satu minit selalunya. Nak atur bagi nampak lawa lagi. Itu contoh hack lah. Ada hack lain macam, hack cuci debu kipas dengan laju. Selalunya orang guna word Hack itu ganti dengan tips. Kalau kau masukkan hack itu memang akan catch attention ramai pengunjung. Tips maintain kurus walaupun makan buffet tiap-tiap hari. (Hack). Macam itulah.

3. Berkongsi Percutian Kau Yang Terbaru.
Kalau kau stay dekat semenanjung best lah. Boleh pergi negeri lain guna kereta je. Macam aku Sarawak Kuching ini? Nak pergi Sabah guna kereta. Kena fikir 2 3 kali. Sebab jalan nya yang tak berapa selesa tak seperti highway di semenanjung nun*. Tunggu pan borneo highway siap je lah. Ok back to our topic, berkongsi cerita percutian kau. Kau kongsilah cerita kau bercuti kat Melaka ke, Langkawi ke. Ayat dia catchy sikit lah. Macam. Tips bajet melancong di Langkawi. Tempat stay paling bajet, selesa dan dekat denga bandar di Langkawi. Siapa-siapa yang ada tanam impian nak pergi Langkawi itu mesti dia akan bukak blog kau.

Bila kau pergi kedai makan pun. Boleh juga kau up entry kau pergi restaurant itu. Ambil gambar menu untuk letak dalam blog. Ini aku selalu buat bila pergi restaurant. Aku akan ambil gambar menu, gambar makanan untuk tujuan blog. Bila tiada idea aku akan update Kedai Makan Best DiKuching : Ina Bakso Singkawang.

4. Share Dengan Reader Tentang Blog Income atau Blog Traffic.
Aku tahu ini semua poyo. Tapi tahu tak, bila anda share tentang income blog dan traffic ini. Ia boleh menaitkan semangat orang untuk rajin berblog. Ye la minat dah ada nak berblog. Tapi ditambah lagi dengan adanya income blog. Siapa tak nak duit wei? Jadi kalau blog traffic anda tinggi. Bolehlah share selalunya orang akan share pada hari Isnin lah tentang blog traffic ini.

Jika ada word keyword lawak yang orang search di blog kau. Kau boleh post entry dengan keyword lawak itu. Ada hari itu, aku dapat keyword berbunyi Kenapa Aiman Tino Budak Wechat. Haha. Senyum panjang aku baca keyword itu. Macam mana boleh masuk dalam blog aku buat wechat tu.

5.Review Blog, Movie atau Handphone mahupun Kereta.
Review review review. Banyak orang ada pandangan masing-masing. Tapi tak semua Berjaya mengutarakan pandangan mereka di blog. Jadi, apa kata anda nyatakan pandangan anda terhadap satu blog ini, atau pandangan anda mengenai movie yang anda baru tonton di wayang, atau review anda dengan handphone baru yang dibeli kawan anda atau handphone anda sendiri. Anda juga boleh review kereta anda ataupun kereta kawan anda yang baru keluar dari kilang tu. Haha. Trust me, nanti ada orang search google apa yang anda review itu.

6. Run a Segment.
Kalau tiada idea. Buat lah segment seperti segment blogwalking ke. Traffic dengan Followers pun naik mendadak. Kalau rajinlah ye. Kalau aku dah slow sikit nak bersegment ini. Sebab aku kekurangan masa nak active dalam dunia blog ini. Minat aku hanyalah menaip blog. Nak terjah blog itu mungkin bila aku benar-benar ada kelapangan masa. Tapi blog dalam bloglist aku memang harus aku terjah dan comment.

Banyak lagi sebenarnya benda yang best di blog. Tapi jangalah blog benda yang tak berfaedah. Beri lah something yang bermanfaat kepada viewers anda. Sekali sekala tu boleh lah blog tentang diary kau hari ini memanjat pokok kelapa. Atau diary kau main teng teng depan rumah. Tapi kalau setiap masa kau nak blog diary, memang orang akan 2 3 nak terjah blog kau. Dan apa yang kau blog itu akan menjadi artifak dalam blog kau sahaja.

Idea lain untuk menaip entry baru seperti : Share lirik lagu, buat tutorial blog atau tutorial naikkan follower blog, Instagram mahupun twitter. Kongsikan pengalaman hidup anda seperti pengalaman pergi interview. Buat entry mengenai kebaikan dan keburukan sesuatu. Kongsi tentang tips naikkan market. Saya rasa banyak lagi idea blog.


Kepada pembaca blog. Saya sangat menghargai anda kerana sudi membaca blog saya. Sudilah leave comment di bawah untuk saya terjah ke blog anda. Terima Kasih. Maaf atas pengunaan aku kau. 
Panduan Mudah Buat Blog A-Z !!! Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal !!!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
7 Komentar untuk "Tips Idea Berblogging Kalau Tiada Idea Nak Blog Apa"

good idea....nanti boleh tukar2 lg idea...

Good tips. thank you for sharing amer

Nice tips!

https://aimisyafiqah.blogspot.my/

Ha! blogger baru patut ambil idea menarik ni.
Tapikan blogger lama ada penyakit M susah nak diubati

Terima kasih atas tipsnya.. kadang2 idea tu datang mencurah2 tapi bila tertangguh, boleh terlupa pula idea tu adehh

Betul jugak ye. Ok thank you amer share idea ni

nice sharing untuk newbie kan?? tq :)

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top