------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

4 Cara Tingkatakan Metabolisma Badan Untuk Cepat Kurus.

Tips dan Cara tingkatakan metabolisma untuk cepat kurus. Tahu tak sistem metabolisma badan ini untuk membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kalau tengok ada orang makan banyak tapi tak gemuk tu sebabnya metabolisma badan mereka tinggi. Aku sekarang ini maintain berat badan dengan meningkatkan sistem metabolisma badanku. Dibawah ini cara aku tingkatkan metabolisma badan aku. 

4 Tips dan Cara Tingkatakan Metabolisma Untuk Cepat Kurus.
4 Tips dan Cara Tingkatakan Metabolisma Untuk Cepat Kurus.

Gambar Sekadar Hiasan.

1. Minum air masak lebih 8 gelas sehari. 
Ada orang cakap 8 gelas kan? Tapi aku minum lebih dari 8 gelas. Berat badan aku dalam 73kg tinggi 1.8m jadi air masak kena aku minum macam lebih dari 3litre. Ikut lah. Kalau boleh at least 8 gelas sehari. Kau nak makan apa seharian tu, makan je, asal cukup minum air. Tapi elak makan selepas pukul 7 malam, metabolisma malam hari memang slow atau perlahan. 

2. Lakukan Senaman Bina Muscle. 
Muscle atau otot bagus untuk membantu badan membakar lemak. Sebab itu lah body builder mereka berselera makan sebab nak buat body. Eh betul ke ni? hehe. Aku exercise memang aku focus kepada bina otot. Bina otot-otot biasa je belum tahap sado badan. Senaman yang aku selalu buat seperti squad, push up atau tekan tubi, plank, dan angkat dumble. Meningkatkan otot badan dapat menaikkan kadar metabolisma. Boleh ekot post saya yang ini : Senaman Senang Paling Cepat Bakar Lemak

3. Makanan Pedas. 
Dari dulu lagi, bila badan aku mula menggemuk, aku akan amalkan makanan pedas. Waktu menaip dah kembang air liur aku ni. Kalau order makanan, order makanan yang pedas. Berulam benda pedas. Kandungan capsaicin di dalam cili dapat membakar kalori sehingga 30 minit selepas kita memakannya. Magic bukan?

4. Last but not least. Teh Hijau
Aku memang mengamalkan teh hijau Boh itu yang jenis uncang. Sehari aku akan minum 2 uncang teh maksudnya 2 cawan lah. Tapi bila aku rasa timbang aku berat and aku berisi sangat, aku akan minum 3 uncang teh/3 cawan dalam sehari untuk membakar lemak degil badan aku. 


Jangan lupa, dengan mengamalkan lemon detoks juga dapat membantu badan anda menurunkan berat badan. Selain itu, elak makan di tengah malam atau selepas 7 malam kerana sistem metabolisma badan memang rendah waktu itu. 

Panduan Mudah Buat Blog A-Z !!! Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal !!!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "4 Cara Tingkatakan Metabolisma Badan Untuk Cepat Kurus."

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top