------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Mata Jadi Silau, Boleh Buta Jika Tengok Handphone Dalam Gelap

Tengok Handphone Dalam Gelap Punca Mata Silau Bahkan Boleh Buta. Siapa yang suka belek-belek handphone sebelum tidur angkat tangan? Wow. Banyak nya. Saya pakai kuasa sixth sense. Memang banyak antara kita yang main handphone sebelum tidur. Ye lah dah mata tak nak tidur, main lah handphone sampai ngantuk. Tapi serious bahaya kalau anda selalu amalkan main handphone dalam gelap.

Ada satu laman web ni cakap, bermain handphone di dalam gelap boleh menyebabkan mata buta sementara terlalu kerap menggunakan handphone dalam gelap. Ok ini kira ada kajian dah dilakukan sebelum ini di The New England Journal of Medicine. Dia cakap cahaya terang dari handphone mensabotaj penglihatan mata kita. Wow bahaya nya. Sayang lah dengan mata ini.



Saya rasa ramai yang dah baca article ini. Jadi saya nak focus kepada mata silau. Saya sudah mengalami masalah mata silau ini. Saya tiada masalah rabun. Tapi ada masalah silau. Bila check di kedai memang silau saya agak tinggi. Nak pakai spek macam bosan pulak. Waktu memandu malam memang sakit mata bila terkena lampu kereta yang tinggi.
Selepas saya amati, saya kerap bermain handphone di dalam gelap. Itulah punca utama sebab mata saya mengalami silau. Sekarang  bila di bawah sinaran matahari. Muka saya memang akan kerut teruk sebab menahan silau mata. Bila berjalan atau buat aktiviti lasak seperti hiking memang kena bawa spek hitam.

Kepada anda yang masih kerap menggunakan handphone di dalam gelap. Saya cadangkan kepada anda untuk menurunkan brightness di tahap paling rendah. Selain itu, anda juga boleh install app di google play bernama Screen Filter. Selain itu anda juga boleh membuka lampu kecil seperti lampu led powerbank agar bilik atau ruang tidur anda tidak terlalu gelap. Selain itu, jika anda terpaksa menggunakan handphone dalam gelap, saya cadangkan untuk membuka flash camera agar dapat mengurangkan tekanan cahaya dari screen handphone ke mata kita. Jika ada ada tips lain berkenaan mata silau ini. Silalah share di comment bawah. :D


Panduan Mudah Buat Blog A-Z !!! Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal !!!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Mata Jadi Silau, Boleh Buta Jika Tengok Handphone Dalam Gelap "

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top