------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Senarai Hadiah Yang Sesuai Untuk Perempuan Dan Disukai Perempuan


Hari ini mari kita berkongsi kejap hadiah apa yang wanita suka. Kadang-kadang naik pening juga bila tiba hari jadi kawan perempuan ke, atau birthday girlfriend mahupun nak bagi hadiah dekat akak mak atau niece. Nak hadiahkan apa sesuai? Selalunya lelaki ni, malas nak fikir panjang. Bagi voucher membeli belah di zalora je lah. Ok bawah ini beberapa list hadiah yang wanita atau perempuan suka bila diberi kepada mereka. 




1. Barang Kemas. 
Perempuan brooo perempuan. Perempuan mana je yang tak suka Barang Kemas lagi-lagi emas. Yang emas tu aku pun nak. Untuk melabur, jadi kepada teman wanita aku in future, kalau nak hadiahkan aku, hadiahkan cincin atau rantai emas k? Haha. gurau2.  Bagi barang kemas, kalau tiada bajet beli je silver atau cincin couple. 


2. Bunga. 
Bunga? mmmm betul ke perempuan suka bunga. Untuk apa je bunga tu kan. Rasanya saja letak dalam list. Selalu tengok movie perempuan bila dapat bunga, mulalah dia tunjuk allergic ke bunga. 

3. Teddy Bear. 
Ini kalau nak bagi hadiah kat teman wanita, atau kawan-kawan perempuan, boleh lah bagi teddy bear besar gedabak tu. Aku pun tak tahu apa lah best sangat teddy bear tu. Haha tapi girls suka. Jadi, belilah teddy bear yang cute cute tu. 

4. Minyak Wangi. 
Aku rasa kalau nak exclusive sikit. Bagi dia minyak wangi. Tapi takut dia fikir bau dia tak sedap. Tapi..... minyak wangi sebagai hadiah bagus ke? Memang perempuan suka bau wangi wangian ni. Lagi-lagi minyak wangi yang brand mahal tu seperti victoria's secret.

5. Jam Tangan. 
Bagi jam tangan kat dia bro, jam tangan ni dia boleh pakai hari-hari. Kalau girlfriend yang pakai, mesti dia akan teringat dengan si pemberi jam tu. 

6. Handbag
Aku pernah satu ketika, dengan kawan perempuan aku pi shopping last minit untuk gi dinner malam nya. Perghh dia belek purse tu, memang lama, yang ni tak sesuai lah , yang ni susah nak matching dengan baju lah, yang ni yang ni tak padan. Hahahahaha. Ok kalau nak selamat, beli yang warna hitam atau warna kegemaran mereka. 

Banyak lagi hadiah yang boleh diberikan kepada wanita ni. Seperti kasut, baju, alatan mangkuk, pengkakas elekrtik, peti ais, kereta bmw x series dan banyak lagi. Kalau pembaca blog amer ada idea selain daripada list di atas. Mohon dikongsi di ruangan comment ok. Bantulah kaum Adam ini memenangi hati bakal isteri dan bakal ibu mertua nya... eh? 

Panduan Mudah Buat Blog A-Z !!! Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal !!!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Senarai Hadiah Yang Sesuai Untuk Perempuan Dan Disukai Perempuan"

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top