------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Tips Untuk Suara Lebih Sedap Dan Mantap Waktu Karaoke

Tips Untuk Buat Suara Lebih Sedap, Merdu, Cantik Dan Mantap Untuk Karaoke. Kita tahu kita bukan artis. Tapi kalau berlagu tu teringin jugak nak sampaikan lagu itu dengan baik dan lebih jelas. Aku pun dulu karaoke sekadar melepaskan stress sahaja. Suka hati kau lah. Tapi sekarang aku improvise diri lah. Tak lah bosan sangat. Asyik-asyik berlagu macam baca lirik je. Haha. Ok Jum kita berubah ikut tips aku kat bawah ini.



1. Pilih Lagu Favourite Dan Hafal Lirik
Bila kau karaoke, pilihlah lagu favourite kau yang kau siap hafal lagi lirik dia. Tak adalah kau hilang focus menyanyi sebab kau busy nak baca lirik dekat bawah. BIla kau bawa lagu favourite kau, kau lebih mudah menyampaikan lagu itu dengan sempurna. Kau tahu bila part low note and high note. Lagu favourite kau kot, mesti lah kau tahu cara nyanyi dia.

2. Pilih Suara Artis Yang Masuk Dengan Suara Kau.
Macam mana erk. Aku tak lah cakap cuba tiru. Eh boleh jugak tiru. Kau tiru cara artis itu berlagu. Cara dia control pernafasan. Memang lah tak akan sebijik. Tapi jika kau pandai control pernafasan ketika berlagu. Insha Allah kau akan lebih yakin melagukan satu lagu itu. Bagi aku, suara aku ini masuk dengan lagu Hafiz. Sebab itu bila aku berlagu, aku yakin. Aku lebih selesa bila berlagu lagu hafiz. Lagu Bruno Mars pun suara aku masuk, cuma suara aku belum dapat capai high note dia. Memang tinggi.

3. Elak Minum Air Ais
Sebelum karaoke mahupun waktu karaoke. Elak minum air berais. Air berais akan membuat tekak anda menyempit. Mmm theory science dia mengecut. Logic ke tidak? Sebab Ziana Zain jaga vocal dia dengan tidak minum air ais. Tapi bagi kita ini suara biasa-biasa sahaja, elak minum air ais sebelum dan sewaktu karaoke je lah. Aku tahu, waktu karaoke tu kebanyakkan dari kita yang akan order atau pilih air ais seperti coca cola mahupun milo ais.


4. Buang Lendir Di Kerongkong Waktu Pagi.
Aku ada baca petua ini kalau nak suara sedap. Kau buang lendir kahak kau waktu bangun pagi. Petua ni suruh kau letak jari dalam kerongkong kau. Automatic kahak atau lendir itu keluar. Tapi aku tak dapat nak buat. Aku just berus gigi dan gosok lidah sampai ke area anak tekak. Then automatic ada lendir keluar.

5. Minum Air Asam Jawa.
Ini petua aku ada baca juga. Amalkan minum air asam jawa untuk memerdukan suara. Suara ini bukan untuk berlagu je ye. Untuk kita bercakap. Lagi-lagi jika jadi promoter. Kena suara yang jelas dan enak didengar.

Panduan Mudah Buat Blog A-Z !!! Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal !!!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Tips Untuk Suara Lebih Sedap Dan Mantap Waktu Karaoke"

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top