------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

3 Rahsia Tips Awet Muda

Hari ini aku nak kongsikan tip cara rahsia awet muda atau kekal muda. Aku rasa macam umur aku dah 40 tahun. Haha di umur muda inilah kita memainkan peranan untuk menjaga keremajaan kulit. Tapi selalu nasib je ada muka muda ini. Tapi tidak dinafikan aku ada amalkan 3 amalan ini untuk melambatkan process penuaan muka. Bila orang teka umur aku je. Mesti mereka teka 19 tahun. Physical aku masih nampak 19 tahun. Jadi mungkin 3 tips ini boleh membantu anda kekal muda.


Gambar Sekadar Hiasan. From Pixabay

1. Minum Air Masak Selepas Bangun Pagi 
Sunnah Rasullulah. Ramai yang amalkan rasanya. Selepas bangun pagi terus minum segelas air masak atau air kosong. Bagus untuk mengactivekan organ dalaman. Saya tak tahulah. Saya memang suka amalkan minum air masak selepas bangun pagi. Badan rasa segar je selepas minum. Selain itu, process pembuangan juga mudah dilakukan. Maksud saya disini selepas minum air masak, kita akan rasa lebih cepat nak buang air besar. Bangun tidur terus minum ok? Jangan gosok gigi atau kumur mulut dulu. Terus minum. Jangan lupa minum dengan dimulakan 3 kali tegukan pertama. 

2. Jangan Guna Bantal Yang Tinggi.
Best nya tidur dengan bantal yang tinggi. Tapi saya memang jarang nak tidur pakai bantal yang tinggi. Entalah memang dah jadi tabiat. Saya akan guna bantal yang nipis, selesa dan tak terlalu tinggi. Ada orang, siap pakai bantal yang jenis keras tu. Bukan itu je, mereka siap pakai 2 bantal untuk tidur. Kenapa saya cakap jangan guna bantal yang tinggi? Bantal yang tinggi hanya akan memberi tekanan di muka kita semasa kita baring. Jadi kulit muka akan mudah renggang disebabkan tekanan di muka sewaktu tidur guna bantal yang tinggi. Selain itu, amalkan tidur baring mengiring ke kanan. 

3. Elak stress dan Selalulah berfikiran positive.
Nampak tak saya tak nak lebih dari 3. Blog saya memang suka top 3 the best. Tak suka banyak-banyak sangat tip. Saya ambik 3 yang terbaik sahaja. Saya bukan menulis untuk novel perlu panjang-panjang. Menulis biarlah ringkas dan padat. Elak stress kerana stress akan membuatkan wajah anda cepat tua. Nak elak stress, selalulah berfikiran positive. Kalau tiba-tiba berfikiran negatif, geleng kepala anda dan cuba fikir benda yang positive. Kalau boleh lebihkan senyuman. Senyuman yang neutral. Tak perlulah senyuman yang terpaksa atau senyuman kerang busu. 



Panduan Mudah Buat Blog A-Z !!! Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal !!!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "3 Rahsia Tips Awet Muda"

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top