------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Bersihkan Muka Dengan COLGATE Bye Whitehead dan Blackhead

Cara Cepat Buang Black Head, White Head Dan Muka Kusam Dengan Colgate. Hari ini aku nak kongsikan hack aku. Iaitu cuci muka dengan colgate. Adakah aku gila? Aku rasa tidak. Ada hari itu, aku tertengok video artis ini dia share cara buang whitehead dan blackhead dimuka dengan menggunakan colgate dan garam. Tapi dia letak dekat hidung sahaja sebab hidung adalah bahagian paling selalu ada blackhead dan white head ini. 


Photo taken from Pixabay.

Jadi aku merajinkan diri dengan innovate idea dia kepada pencuci muka. P/s Kalau boleh jangan amalkan selalu tips ini. Aku takut kulit muka mungkin akan rosak (theory aku). Sebab colgate kan dibuat untuk gigi sahaja. Tapi tak pastilah akan bagi side effect kepada muka ke tidak. 

Cara mencuci muka menggunakan colgate. Anda ambil satu bekas penutup atau tudung tupperware lebih bagus jenis bulat. Yang kecil je jangan guna besar. Lepas itu, kau ambil satu sudu kecil garam (agak-agak), dan letak atas tudung tupperware itu tadi. Selepas itu, kau ambik colgate secukupnya, kalau aku , aku guna colgate sepanjang 2 kali panjang kuku. Kau pandai-pandai lah agak-agak. Lepas itu kau gaulkan colgate dengan garam itu. Bila dah garam dah elok campur gaul dengan colgate. Kau tonyoh campuran itu ke muka. Ratakan area hidung, bahagian pipi, bahagian dagu, bahagian bawah hidung, dan bahagian dahi. Kalau boleh, elak letak atau spread area mata kalau kau tak nak mata kau terasa amat sejuk. 

Bila dah semua muka kau dah diratakan dengan campuran colgate dan garam itu tadi. Kau gosok-gosok mana muka kau macam kau mencuci muka dengan pencuci muka. Jangan gosok kuat sangat macam kau sental lantai jamban pula. Gosong kuat sikit area hidung sebab bahagian itu banyak blackhead, area dagu dan atas bibir itu banyak whitehead. Jangan lama sangat biarkan colgate tu atas muka kau. Nanti muka jadi merah pulak. Ambil tisu bersih, dan lap colgate itu dari muka (cara ini lebih berkesan untuk whitehead, blackhead dan kotoran muka tercabut dari muka kita.) Kalau rasa muka dah tak banyak colgate, kau cuci lah muka kau dengan air bersih. Taraa. Muka pun nampak lebih bersih. 

Tips ini aku dapat dari artis bernama Norr Khiriah, dia ajar cara buang blackhead dekat hidung guna garam dan colagate. Tak salah kalau aku buat satu muka kan. Haha. Layan Video Kak Noor Khiriah kat bawah ni.


Aku buat dekat muka aku. Seminggu sekali(atau bila ada even penting seperti interview). Baru aku buat. Bila hari biasa aku just cuci muka guna pencuci muka biasa sahaja.

Jangan overdo, jangan selalu sangat buat. Aku tak tahu kesan sampingan dia. So far, sepanjang aku buat, alhamdullilah, tiada side effect atau kesan buruk belaku kepada muka aku. Jadi pesanan penaja, jangan biarkah colgate terlalu lama di muka. Kau nak cuci muka, bukan letak cream dekat muka nak tunggu meresap dulu. Tidak. 

Harap perkongsian ini dapat membantu anda memiliki wajah yang lebih bersih dan bermaya. 
Panduan Mudah Buat Blog A-Z !!! Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal !!!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Bersihkan Muka Dengan COLGATE Bye Whitehead dan Blackhead"

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top