Tarikh Pembayaran Gaji 2018 Setiap Bulan

10 Resume Versatile Percuma

Stream Youtbe Tanpa Quata Banyak

Tips Buat Duit Di Rumah

Cara Elak Whatsapp Digodam

Tips Income Blog Adsense 100USD Sebulan.

4 Minuman Cairkan Lemak

3 Teknik Analisis Forex Percuma

Tips Tiket Airasia Murah


Persoalan yang selalu bermain di minda. Bila gaji bulan ni masuk? Gaji bulan ini masuk awal kan? Untuk Bulan Januari, Februari, Mac, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November mahupun December. 



Tak lama lagi nak tahun baru. Jadi Jadual Tarikh Pembayaran Gaji 2018 untuk Kakitangan Awam sudah pun keluar. Dah boleh senyum panjang dah ni. Senang nak merancang pebelanjaan tahunan.  Jabatan Akauntan Negara telahpun mengeluarkan jadual rasmi pembayaran gaji untuk tahun 2018. 

Berikut adalah tarikh-tarikh keramat yang akan ditunggu oleh kakitangan awam : 

Januari. Gaji akan mula dibayar pada tarikh 25 Januari 2018.  

Februari. Gaji akan mula dibayar pada awal bulan iaitu 8.Februari 2018 atas sebab Tahun Baru Cina jatuh pada 16 Februari.     

Bulan Mac gaji akan mula dibayar pada 22 Mac 2018   

Bulan April gaji mula dibayar pada 25 April 2018.   

Bulan Mei gaji akan mula dibayar pada 24 Mei 2018    

Bagi bulan Jun, gaji masuk pada 7 June 2018. Wow. Esoknya birthday aku. Bolehlah mintak hadiah mahal-mahal ni. Sebab masuk awal sebab hari raya puasa jatuh pada 15 June.    

Julai, gaji masuk pada 25 Julai 2018.   

Ogos, gaji masuk pada tarikh 14 Ogos 2018. Gaji masuk awal atas sebab hari raya haji jatuh pada 22 Ogos 2018.  

Bagi bulan September gaji masuk pada tarikh 25 September 2018.   
Bulan Oktober gaji masuk pada tarikh 25 Oktober 2018.   

Untuk bulan November pula, mesti ramai yang fikir gaji masuk awal sebab deepavali bukan? Mengikut jadual pembayaran gaji bulan November masuk pada tarikh 22 November 2018.   

Bagi bulan Disember, Gaji masuk pada tarikh 24 Disember 2018. 

Harap dengan ada tarikh pembayaran gaji, anda lebih bijak menguruskan gaji anda setiap bulan. Elak-elak makan mee segera di hujung bulan. Paling bahaya bila gaji masuk awal bulan. 






Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Tarikh Pembayaran Gaji 2018 Setiap Bulan"

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top