3 Benda Yang Blogger Creative Kena Ada ...

10 Resume Versatile Percuma

Stream Youtbe Tanpa Quata Banyak

Tips Buat Duit Di Rumah

Cara Elak Whatsapp Digodam

Tips Income Blog Adsense 100USD Sebulan.

4 Minuman Cairkan Lemak

3 Teknik Analisis Forex Percuma

Tips Tiket Airasia Murah

Aku keliru dengan tajuk post aku sendiri. Sudah lama menyepi tergantung sepi. Kini aku kembali aktif dalam dunia blog. Ada lagi ke yang sudi baca blog aku? Hehe. Kalau takde aku tutup blog je lah.



Zaman sekarang ini ramai yang mula berkecimpung dalam dunia blog. Tak tahu lah motif mereka. Kalau aku memang hobi sambil-sambil jana duit? Eh? Majority aku tengok sebab duit kot. kui2. Ye. dengan blog korang boleh jana duit aku setuju. 


Nak jadi blogger yang gempak ini memang ko kena invest sikit duit. Kalau x invest. Lambat lah blog ko nak naik. Berikut adalah beberapa benda yang anda pelu ada untuk menjadi blogger yang berjaya atau gempak. Berjaya? Tak semestinya follower riban riban mahupun pageview riban-riban. Cukuplah blog kau terupdate 2 3 kali seminggu. Eh apa aku merepek ni.




1. Camera
Kalau kau nak survive dalam dunia blog ini. Kau kena ada camera yang cantik. Jadi? Aku suggest kau beli handphone seperti OPPO atau IPHONE. so far 2 phone ni je camera dia meyakinkan. Dan kau tak perlu gigih nak edit gambar yang ditangkap meggunakan oppo mahupun iphone. So far alhamdulilah aku ada rezeki lebih beli OPPO. Senang lah nak berblog. Nak hias post dengan gambar yang lawa. Itu wajib. Gambar yang cantik akan menaikkan mood kita berblog. Tak caye? 



2. Laptop Yang Laju 
Laptop yang laju disini ialah laptop yang tak lagging dan tak banyak virus. Jadi disini, aku suggest korang untuk ada laptop khas untuk berblog. Macam laptop aku ni memang khas berblog. Tapi dalam masa yang sama untuk buat kerja jugak seperti assignment dan kertas kerja. Eh bukan benda yang sama ke tu?  Laptop aku ni memang aku haramkan untuk install game. Bayangkan, korang sedang best menaip entry, laptop pulak lagging macam apa. Terus hilang mood nak berblogging. Jadi? Mood berblogging kena jaga. Susah nak ada mood blogging tu. Haha. Percayalah. Untuk laptop aku. Desktop memang berselerak dengan barang blog je. Kalau campur dengan urusan kerja? Tak ke pening kepala. Mungkin boleh buat folder kot. Folder Kerja and Urusan Blog. 



3. Handphone Canggih. 
Handphone ? Tak perlu canggih. Cukuplah handphone yang selesa untuk menaip. Macam dulu, aku menulis menggunakan Note 2. Aku type dan post dalam whatsapp. Umpama drafting lah. Bila aku ada masa depan laptop, aku akan bukak web whatsapp dan copy paste apa yang aku type masuk dalam post blog. So? Aku suggest kat korang ada handphone yang besar sikit macam Iphone 6s mahupun oppo A57. P/s. Aku tak dibayar untuk promote 2 jenama ini ok. Just aku selesa dengan 2 jenama ini. 

Aku rasa 3 benda ini lah penting untuk menjadikan korang blogger yang gempak dan bekarisma. Ok lah itu saja dari saya. Amer Jaya. Masih berbisa. Eh? Merapu gila. 





Bagikan :
+
Previous
Next Post »
3 Komentar untuk "3 Benda Yang Blogger Creative Kena Ada ..."

Thanks for sharing. Tips yang sangat tepat. Tak ada semua ni memang tak jalan laa nak update blog

Yeah.... Ketiga-tiganya LeYa ada... Kire kreatif x? hehehe...

nnti nak pilih iphone lah kalau nak dapatkan gambar yang menarik tertarik dan tertawan..hihi..sangat berguna entry kau nih kali..

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top