4 Tips Naikkan Income Adsense 100usd Setiap Bulan 2018

10 Resume Versatile Percuma

Stream Youtbe Tanpa Quata Banyak

Tips Buat Duit Di Rumah

Cara Elak Whatsapp Digodam

Tips Income Blog Adsense 100USD Sebulan.

4 Minuman Cairkan Lemak

3 Teknik Analisis Forex Percuma

Tips Tiket Airasia Murah

Tips, Teknik Dan Cara Untuk Dapatkan Dan Menaikkan Pendapatan sebanyak 100USD Adsense SebulanSebenarnya, lama dah idea aku nak share post berkaitan income adsense ini. Tapi takut orang ingat aku menunjuk ke apa ke. Memang tak de. Niat aku nak korang lebih bersemangat dalam dunia blog tak macam aku sekejap ada sekejap takda. Blog chipsmore. Aku tengok ramai je yang giveup dengan adsense ini. Ye lah dalam sehari dapat 5sen, dapat 50sen pun dah happy dah. Aku pun pernah juga lalui saat itu, setiap hari buka account adsense, earning for today is 0.03sen. Da hell? Haha. 


Sebelum ini aku pernah post 3 Cara Untuk Naikkan Income Adsense. Tapi post kali ini ada penambah baikkan. Jadi anda boleh refer jugak dekat entry itu sebab dalam entry kali ini ada new tips aku nak share. 


Sembang banyak tak guna. Aku nak share 4 tips macam mana nak dapatkan atau tingkatkan  income adsense sebanyak 100usd sebulan. Macam aku, actually aku belum lagi sampai target 100usd sebulan. But still im nearly to reach that level. 


Mungkin sebab utama aku tak sampai sasaran untuk tahun ini sebab aku jarang berblog. Motivasi berblog aku ke laut. P/s busy dengan kerja juga. Maklumlah baru berjinak dalam dunia kerja. Ok bawah ini pendapatan blog aku untuk setiap bulan. Buat masa ini pendapatan adsense aku dalam 80usd ke 90usd. Bapak susah gila nak dapatkan 100usd sebulan. Tapi takpa I still working on it. Buat masa ini kita round off lah. kira 100usd sebulan. Doakan amer capai target dia. 





Gambar atas ini menunjukkan income adsense aku untuk bulan ini dan bulan lepas. Bulan lepas aku berjaya dapatkan 91usd which is sikit lagi nak capai 100usd. Kalau tak memang dapat cash out terus. Buat bulan ini, income aku jatuh sikit hanya dapat 82 USD sahaja. Buat tahun ini aku hanya dapat cash out 2 bulan sekali. Jadi harap untuk tahun ini aku dapat cash out sebulan sekali. Dapat lah duit tu bayar bulanan kereta.

Sembang banyak tak guna. Ada 4 tips yang aku nak share. Dan caranya mudah je tak perlu beli buku ebook dari aku. Just follow this simple step. 



1. Letak Iklan CUN CUN Bawah Title. 


Dalam bahasa sarawak CunCUn bermaksud Betul Betul. So, kalau nak income naik, bolehlah letak iklan bawah title post. Korang boleh fikir sendiri kenapa jadi begitu. Mungkin iklan tu tertonjol terus memikat hati pembaca untuk berrminat dengan iklan kita itu? Aku tak nak state the obvious. Makesure letak iklan jenis yang sesuai. Contoh, tak terlalu besar. Dulu aku pernah letak iklan jenis besar kat bawah title. Income memang mencanak naik. Kalau ikutkan dah boleh kena banned dengan adsense. Tapi disebabkan adsense sayang aku. Terus mereka hantar email kat aku untuk keluarkan iklan itu or else dorang akan tarik balik kerakyatan aku (banned account adsense).


Macam mana nak letak code iklan adsense bawah title tu? Thanks god. Aku dah siap buat entry tu. Senang lah untuk reference aku dan juga pembaca aku. Rujuk sini, cara untuk letak code iklan di tempat yang sebetul betulnya. 



2. Ringankan Blog Anda. 
Tahu tak kalau blog anda lambat loading. Kemungkinan besar, iklan adsense anda belum sempat lagi terpapar, reader kau dah pun habis baca and iklan kau baru terhegeh hegeh keluar. Tapi pembaca tu dah tak perasan dah sebab mereka dah habis baca. Tak ke sayang macam tu? 


Kalau blogger ringan macam blog aku ni dah lah boring jenis minimalist. But ramai je yang suka blog macam aku ni. angkat bakul nampak. Tapi seriouslah, blog ringan, loading laju. Memang convenient lah untuk pembaca blog. Bukan apa, tak semua orang ada internet yang laju. Macam kita blogger guna unifi, pembaca kita ada yang pakai data unlimited yang slow tu. 


Jadi, moral of the story, ringankan lah blog anda. Blog yang ringan juga lebih SEO FRIENDLY. seo friendly kalau ada yang tak tahu, aku boleh katakan blog yang ringan lebih senang dijumpai dalam Google Search. Macam blog aku, hihi first page dalam carian google selalunya. 


Jadi? Buanglah widget yang tak berfaedah itu seperti, recent post, popular post, instagram, and etc. Sesetengah orang rasa benda itu penting. Tapi bagi aku, cukuplah letak Blog Archive atau Arkib sudah memadai. Jum Timbang Keberatan Blog Anda Di Sini. 



3. Niche Blog Yang Menguntungkan Untuk Adsense. 
Apa niche? Niche ni kira topik lah. Topik yang bagus untuk iklan adsense bertapak dalam blog kita. Macam contoh kalau blog kau pasal diary kau buat apa hari ini contohnya hari ini aku mengemas bilik dan terjumpa buku diary lama. Cuba fikir? Iklan apa sesuai keluar dekat post itu? Kalau ada iklan pun, iklan itu akan keluar something yang tak related ngan post kita. Bila orang tekan pun, pay rate dia memang ciput. 

Sebagai contoh gambar ini. Bila aku update post tentang forex. Iklan yang keluar ialah? Sesuatu yang berkaitan dengan forex. P/s Trade Forex adalah salah satu topic yang dibayar tinggi oleh Adsense.
Jadi, cuba focus untuk berblog niche yang adsense bayar tinggi. Jadi apa niche yang adsense bayar tinggi? Boleh rujuk disini, 12 niche blog yang menutungkan untuk adsense


Untuk blog aku, yang aku perasanlah, niche yang dibayar tinggi ialah berkaitan dengan gadjet, blog download sebab aku ada share pasal resume tu, tentang jana duit, dan yang paling win sekali ialah tips untuk kurus. Jadi? Kalau nak income adsense naik, rajin-rajin lah post 12 niche or topic yang aku share dalam post yang aku suruh rujuk tu. 

4.  Letak Tajuk Post Yang Meletup Dan Tajuk Post Yang Niche Dibayar Tinggi Oleh Adsense Dalam Setiap Post.



Aku tahu, dalam blog aku banyak entry yang niche atau topik dia tak dibayar tinggi oleh adsense. Oleh sebab itu, aku ambik post post aku yang popular dan niche yang dibayar tinggi, dan letak dalam setiap post blog aku. Tak faham ke? Aku pun tak faham. Biarlah gambar berbicara sendiri. Rujuk gambar, aku letak list tajuk post yang niche dia dibayar tinggi ke dalam  setiap post aku.

So, bila orang buka entry aku macam resepi ayam chicken chop 3 rasa, kemungkinan besar mereka akan berminat untuk baca entry yang aku list itu tadi. 

Rujuk gambar di atas. Aku senaraikan tajuk tajuk post yang popular dan dibayar tinggi oleh adsense. contoh tajuk : Cara Mudah Buat Blog A-Z.

Camne nak letak? Nampaknya aku perlu buat tutorial ni. Buat masa ini, kau buka widget Configure HTML/JavaScript. Dan macam biasa letak Tajuk Post dan Linkkan Tajuk tersebut. Selepas itu, click edit html dan copy code tersebut. Dan letak code tersebut dibawah code iklan adsense yang berada setiap post kau tu. Rujuk Sini. Cara Letak Iklan Adsense Di Setiap Post. Rujuk sini ya. Just letak je Code Tajuk Post tu di bawah code iklan adsense korang tu. Kalau kau nak request aku buat tutorial. Sila request di ruangan comment. :D


Aku rasa buat masa ini, ini sajalah perkongsian aku. Kepada sesiapa yang ada tips nak naikkan income adsense ini. Bolehlah share diruangan comment. Terima Kasih. 





Bagikan :
+
Previous
Next Post »
10 Komentar untuk "4 Tips Naikkan Income Adsense 100usd Setiap Bulan 2018"

tahniah! bilalah nak jadi hebat mcm amer hehe

Banyak info kat sini rupanya.. nanti bolehlah tolong sy sikit-sikit pasni

Alhamdulillah...membantu sangat-sangat...terima kasih ya..

harap harap tahun 2018 ni melekatlah adsense dalam blog CCL la ni

Dulu pakai adsense ni.. lepas tu blog ke laut.. bz dengan kerja.. buang habis semua.. nanti boleh lah letak balik adsense ni.. hehehe..

aigo. tak hebat pun ... hehe :D kena smart je ... best of luck to u shaf

aminn. boleh follow tips adsense lulus amer tu :D

boleh pulak buang adsense hahaha :D letak balek skang

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top